Page 324 - BUKU TEKS SK T4
P. 324

STANDARD          Reka Bentuk Interaksi
                      3.1                Reka bentuk interaksi merupakan satu aspek yang penting dan perlu
                      KANDUNGAN


                                         dititikberatkan semasa membangunkan sesuatu produk atau aplikasi
                                         kerana reka bentuk yang menarik dan mudah digunakan akan membuatkan
                                         pengguna menjadi selesa dan seronok untuk menggunakan produk atau
                 STANDARD PEMBELAJARAN   sistem tersebut. Reka bentuk ialah susun atur teks, gambar, butang dan
                                         menu dalam sesuatu produk. Manakala interaksi pula ialah tindakan
                  3.1.1 Mengkaji
                  keperluan interaksi    manusia semasa menggunakan produk tersebut.
                  antara manusia dan
                  komputer                  Reka bentuk interaksi membenarkan pengguna untuk berkomunikasi
                                         dan berinteraksi dengan produk atau aplikasi. Reka bentuk perlu mengambil
                  3.1.2 Menilai produk   kira penerimaan pengguna yang terdiri daripada pelbagai umur dan
                  interaktif berdasarkan
                  tujuan dan prinsip asas   persekitaran. Reka bentuk dan paparan yang mudah dan menarik akan
                  reka bentuk interaktif  membuatkan ramai pengguna ingin menggunakannya dalam kehidupan
                                         seharian. Sebagai contoh, penggunaan WhatsApp, Facebook, Instagram,
                                         Telegram, sistem penempahan tiket kapal terbang dan sebagainya.
                                         Paparan dan menu yang disediakan sangat ringkas dan mudah untuk
                                         digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

                                            Bagi menghasilkan reka bentuk interaksi yang baik, terdapat beberapa
                                         prinsip yang perlu dipatuhi. Setiap produk atau aplikasi perlu memenuhi
                                         kepentingan prinsip ini supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi
                                         matlamat kebolehgunaan iaitu pengguna merasa mudah untuk belajar,
                                         memberi kesan yang baik apabila menggunakannya dan memberikan
                                         satu kepuasan dan pengalaman yang menyeronokkan. Salah satu contoh
                                         aplikasi yang mencapai tahap kebolehgunaan ini ialah Instagram di mana
                                         pengguna mudah untuk menggunakan menu-menu yang disediakan,
                                                 membolehkan pengguna berkomunikasi dan mengikuti
                                                  perkembangan sesuatu isu dan berasa gembira dan puas apabila
                                                  selesai menggunakannya.

                                                                             Oleh itu, prinsip reka bentuk
                                                                         interaksi sangat penting dan perlu
                                                                         diberi perhatian kerana aplikasi
                                                                        yang dibangunkan sangat kompleks.
                                                                        Lima prinsip reka bentuk yang perlu
                                                                        dititikberatkan ialah:















                                                               BAB 3 INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER
                                                                                                  315
   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329