Page 28 - BUKU TEKS SK T4
P. 28

5  Guru tingkatan, Puan Sabariah, kelas 4 Mesra ingin merancang satu lawatan pada cuti sekolah yang
                     akan datang. Persoalan yang harus diberikan pertimbangan semasa merancang lawatan itu ialah:
                     (a)  Tempat/lokasi lawatan
                     (b)  Kos yang diperlukan
                     (c)  Cara untuk mendapatkan penajaan sebagai satu sumbangan kecil untuk lawatan
                     (d)  Ahli-ahli jawatankuasa
                     (e)  Tugas ahli-ahli jawatankuasa dan murid
                     ( f )  Jenis aktiviti yang hendak dilakukan ketika lawatan
                     (g)  Tempoh untuk merancang lawatan tersebut dan masa untuk aktiviti ketika lawatan
                      Berdasarkan persoalan yang telah disenaraikan, anda sebagai Puan Sabariah dikehendaki membuat
                     keputusan dan mendapat persetujuan bersama-sama murid 4 Mesra. Gunakan teknik pemikiran
                     komputasional untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jelaskan penyelesaian itu secara terperinci.
                     Anda boleh menggunakan komputer untuk mengumpulkan dan menganalisis data.
                    6  Fikirkan beberapa rutin yang anda jalankan sebagai seorang murid. Catatkan langkah-langkah anda
                     untuk menjalankan rutin tersebut. Dalam setiap langkah yang telah dicatatkan, nyatakan langkah
                     penyelesaian yang dipilih dan justifikasikan sebab anda memilih cadangan tersebut. Rujuk contoh
                     yang berikut sebagai panduan.
                                            Bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

                     (a)  Bersarapan di rumah atau di kantin sekolah
                     (b)  Pilihan:
                        (i)  Bersarapan di rumah: masak air, buat minuman dan makan biskut.
                        (ii) Bersarapan di kantin sekolah: tidak perlu membuat persediaan.
                     (c)  Justifikasi:
                        (i)  Bersarapan di rumah: dapat menjimatkan duit.
                        (ii) Bersarapan di kantin sekolah: sediakan wang untuk belanja.
                    7  Sebagai seorang pengatur cara perintis (naïve programmer), apakah ciri-ciri yang dapat
                     menggambarkan anda sebagai seorang pengatur cara yang dapat menyelesaikan masalah secara
                     berkesan? Apakah kemahiran yang diperlukan?

                    8  Kaji data mengenai gejala ponteng sekolah murid tingkatan 4 di sekolah anda. Tentukan masalah
                     utama yang menyumbang kepada gejala tersebut dan cadangkan tiga cara penyelesaian yang boleh
                     diambil. Berikan justifikasi untuk setiap cadangan.
                    9  Kita sering membaca akhbar tempatan tentang berita kemalangan jalan raya. Layari Internet untuk
                     memperoleh berita tentang satu kes kemalangan jalan raya. Ceritakan kes tersebut secara ringkas.
                     (a)  Pada pendapat anda, apakah sebab yang berkemungkinan menyebabkan kemalangan tersebut?
                        Berikan justifikasi setiap pendapat yang dikemukakan.
                     (b)  Cadangkan langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dan pemandu
                        untuk menyelesaikan masalah yang anda nyatakan di (a).
                     (c)  Kerajaan telah menjalankan pelbagai program seperti Ops Pacak, Ops Statik, Ops Sikap dan
                        Ops Selamat untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya, khasnya pada musim perayaan.
                        Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam program tersebut.
                     (d)  Cadangkan langkah-langkah penambahbaikan terhadap program di (c) yang dapat membantu
                        dalam menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya dengan lebih berkesan.








                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   19
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33