Page 47 - BUKU TEKS SK T4
P. 47

Kerja Berkumpulan
                                 7    Kawalan Pilihan

                 Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas.
                 Persediaan:
                 1  Guru menyediakan 10 biji bola ping pong.
                 2  Bola-bola ping pong diberikan abjad setiap satu dari 1 hingga 10.
                 3  Guru memasukkan kesemua 10 biji bola ping pong ke dalam satu karung kain.


                 Aktiviti kelas:
                 1  Setiap murid diminta mengeluarkan sekeping kertas kosong bersaiz
                   lebih kurang A4.
                 2  Guru akan menulis peraturan permainan berikut di atas papan tulis:



                    JIKA NOMBOR_BOLA % 2 == 0 MULA_JIKA
                        OUTPUT "E"
                    TAMAT_JIKA
                    JIKA_TIDAK MULA_JIKA_TIDAK
                        OUTPUT "A"
                    TAMAT_JIKA_TIDAK


                    Nota: Ujian nombor genap ialah menggunakan modulo %. Modulo % mencari baki pembahagian
                    nombor dengan 2. Nombor genap memberikan baki sifar. Nombor ganjil memberikan baki satu.


                 3  Mulakan aktiviti. Guru akan mengambil bola daripada karung dan tunjukkan kepada kelas. Guru akan
                   menulis jawapan dalam kertas A4 guru. Bola yang dikeluarkan tidak akan dimasukkan semula ke
                   dalam karung.
                 4  Guru akan meminta murid menulis jawapan dalam kertas A4.
                 5  Guru akan mengulangi langkah 3 dan 4 sebanyak 6 kali.
                 6  Pada akhir aktiviti, guru menunjukkan jawapan beliau kepada murid dan meminta murid mengira
                   bilangan jawapan yang benar.

                 Contoh jawapan:
                 Setiap jawapan mempunyai enam abjad kombinasi A dan E seperti berikut.



                                           AEEEAA











                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 38
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52