Page 48 - BUKU TEKS SK T4
P. 48

Struktur Kawalan Pengulangan

                 Struktur kawalan pengulangan mengulang arahan-
                 arahan komputer dalam blok. Ulangan boleh
                 berlangsung sehingga menerima syarat
                 berhenti ataupun mencapai bilangan yang
                 sudah ditetapkan.
                    Cuba  bayangkan  seorang  murid
                 berlari mengelilingi  bulatan dan terus-
                 menerus membuat pusingan.

                    Sintaks  struktur  kawalan  ulangan
                 adalah seperti yang berikut:





                                Pseudokod                                     Carta alir


                                                                       Mula

                    SELAGI SYARAT MULA_SELAGI
                    BLOK PENYATAAN
                    TAMAT_SELAGI
                                                                                Blok Penyataan




                                                                      Syarat?
                                                                                 Benar
                                                                           Palsu


                                                                       Tamat




                    Dalam pseudokod, perhatikan bahawa syarat juga digunakan
                 seperti dalam kawalan pilihan untuk menentukan tindakan seterusnya.
                 Syarat diletakkan selepas kata kunci  SELAGI.  Tidak seperti kawalan
                 pilihan, kawalan pengulangan menggunakan keputusan syarat "Benar"
                 untuk mengulang arahan-arahan dalam blok penyataan. Jika keputusan
                 syarat adalah "Palsu", maka blok penyataan tidak akan diendahkan.
                 Blok penyataan ialah penyataan-penyataan di antara kata kunci MULA_
                 SELAGI dan TAMAT_SELAGI.

                    Demikian halnya dalam carta alir, lihat rajah 1.15. Nod syarat dalam   Repitition statements
                 struktur kawalan pengulangan menentukan sama ada blok penyataan    goo.gl/9zXfhs
                 perlu diulang. Jika keputusan adalah "Benar", anak panah menuju

                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   39
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53