Page 60 - BUKU TEKS SK T4
P. 60
1.2.4 Pengesanan Nilai Pemboleh Ubah pada
Setiap Tahap dalam Algoritma
Algoritma mengumpuk dan mengubah nilai sesuatu pemboleh ubah. Oleh sebab itu, nilai pemboleh
ubah adalah tidak tetap. Setiap baris algoritma mungkin membuat perubahan pada pemboleh ubah
tertentu. Jadual pemboleh ubah digunakan untuk mengesan nilai pemboleh ubah pada setiap tahap
algoritma. Contohnya adalah seperti yang berikut:
Contoh 18
Algoritma yang berikut mengumpuk pemboleh ubah z dengan nilai 100,
kemudian dibahagi dengan 2, didarab dengan 4 dan ditambah sebanyak
25%. Apakah nilai z di setiap baris algoritma yang berikut?
1. Mula
2. Input z = 100 Uji Minda
3. z = z/2 Berdasarkan Contoh
4. z = z * 4 17, berikan nilai z
5. z = z * 0.25 + z sekiranya pemboleh
6. PAPAR z ubah z diumpuk dengan
7. Tamat
nilai 75, kemudian
Penyelesaian: dibahagi dengan 5,
didarab dengan 9 dan
a. Lukis jadual bernombor untuk setiap baris kod di atas. ditambah sebanyak
b. Kenal pasti dan sediakan lajur input dan output program. Lajur ini diperlukan 30%.
untuk mengenal pasti input pengguna dan output yang dihasilkan program.
c. Kenal pasti pemboleh ubah dan sediakan lajur khas pemboleh ubah z.
No z I/O
1 – –
2 100 100
3 50 –
4 200 –
5 250 –
6 250 250
7 – – Analysis of Algorithm
goo.gl/ukdHpQ
Contoh 18 menunjukkan bahawa nilai pemboleh ubah z diubah
beberapa kali. Dalam baris algoritma 2, z diumpuk dengan nilai 100, tetapi
dalam baris 3 diubah menjadi 50. Dalam baris 4, nilai z didarab dengan 4
menjadi 200. Algoritma baris 5 menambah sebanyak 25% nilai z iaitu 50
kepada nilai asal z iaitu 200 menjadikan nilai baharu z ialah 250. Dalam
baris 6, nilai z tidak berubah pada 250. Manakala dalam baris 7, semua
nilai dibersihkan kerana algoritma sudah tamat.
BAB 1 PENGATURCARAAN
51

