Page 61 - BUKU TEKS SK T4
P. 61

Aktiviti Berkumpulan
                                10  Nilai pemboleh ubah berubah mengikut perubahan algoritma

                Lakukan aktiviti ini mengikut arahan yang berikut.
                  1.  Bina kumpulan dengan empat orang ahli.
                  2.  Setiap kumpulan diberikan satu pemboleh ubah iaitu y yang diumpuk dengan nilai 60.
                  3.  Ahli yang pertama perlu memilih suatu nombor antara nombor 1 hingga 10.
                  4.  Ahli yang kedua pula perlu memilih suatu nombor antara nombor 11- 20.
                  5.  Kemudian, ahli yang ketiga perlu memilih suatu operasi aritmetik sama ada “+”, “-“ dan “x”.
                  6.  Ahli yang keempat juga perlu memilih suatu operasi aritmetik sama ada “+”, “-“ dan “x”.
                  7.  Gabungkan semua nombor dan operasi aritmetik yang anda pilih.
                  8.  Selepas itu, bina perwakilan algoritma berdasarkan pemboleh ubah dan semua nombor serta
                    operasi aritmetik yang anda pilih.
                  9.  Binakan jadual untuk mengetahui nilai y di setiap baris algoritma yang telah anda bina.





                                         1.2.5    Mengenal Pasti Output

                                                  yang Betul dari Algoritma
                                                  Berdasarkan Input yang
                  Uji Minda

               Uji kemahiran anda                 Diberi
               dengan melayari laman
               sesawang di bawah.
                                       Output yang betul bergantung kepada nilai pemboleh ubah sewaktu
                                       algoritma papar dipanggil. Dalam Contoh 18, paparan dibuat pada baris
                                       keenam. Oleh sebab itu, nilai z pada baris keenam sahaja digunakan,
                                       iaitu 250.
                                           Adakah output yang ditentukan menggunakan algoritma betul?
               goo.gl/mTFyW3           Membandingkan output dijangka merupakan satu-satunya cara untuk
                                       menentukan kesahihan output algoritma. Output dijangka ditentukan
                                       secara manual, iaitu hitungan manual.

                                           Jika output algoritma adalah betul, output algoritma sepatutnya
                                       bersamaan dengan output dijangka.

                                         Contoh  19
                                       Algoritma  berikut menerima dua nombor dan memaparkan jumlah seperti
                                       yang berikut:
                                       1. Mula
                                       2. INPUT x
                                       3. INPUT y
                                       4. jumlah = x + y
                                       5. PAPAR jumlah
                                       6. Tamat
                                       Tentukan sama ada algoritma di atas adalah betul.


                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 52
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66