Page 111 - BUKU TEKS ASK T1
P. 111

4.1.4   Pembangunan Atur Cara


                                          Pembangunan atur cara melibatkan lima fasa utama iaitu analisis
                                          masalah, reka bentuk program, pengekodan, pengujian dan
                    Imbas Kembali
                    Imbas Kembali
                    Imbas Kembali         penyahpepijatan, serta dokumentasi.
                                             Pada fasa analisis masalah, pengatur cara akan melakukan
                                          temu bual bersama pelanggan untuk mengetahui kehendak
                                          pelanggan dan bagi menentukan input, proses dan output
                                          untuk atur cara yang akan dibangunkan. Pengatur cara perlu
                                          memikirkan kaedah-kaedah penyelesaian yang mungkin bagi
                                          masalah tersebut.

                                             Pada fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara mula menulis
                                          pseudokod, melakar carta alir dan mereka bentuk Antara Muka
                                          Pengguna Grafi k juga dikenali Graphical User Interface (GUI).
                                          (a) Pseudokod
                                             •  Ditulis dalam bahasa tabii manusia (bahasa Malaysia
                                                 atau bahasa Inggeris).
                                             •  Tidak mementingkan perincian (pemboleh ubah tidak
                                                 perlu diisytiharkan dan fungsi tidak dinyatakan).
                                             •  Hanya memberikan gambaran tentang proses yang akan
                                                 dilaksanakan.
                                             •  Tidak  mempunyai format  piawai  tetapi mesti  ada
                                                 perkataan MULA dan TAMAT.
                                          (b)  Carta alir
                                             •  Terdiri daripada simbol-simbol piawai yang mempunyai
                                                 maksud tersendiri dan mewakili pelaksanaan tugas
                                                 tertentu.
                                             •  Digunakan untuk menunjukkan aliran logik atur cara
                                                 yang bakal dibangunkan dengan simbol-simbol khas
                                                 yang bersambungan dengan garisan yang berarah.
                                          (c)  Antara muka pengguna grafi k
                                             •  Paparan yang diperhatikan oleh pengguna semasa
                                                 menggunakan atur cara yang dibangunkan.
                                             •  Perlu mesra pengguna.
                                             Pada  fasa  pengekodan,  pengatur  cara  akan  menukarkan
                                          pseudokod kepada kod yang difahami oleh komputer dengan
                                          menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic, JAVA
                                          ataupun Visual C++.

                                             Pada fasa  pengujian dan penyahpepijatan, pengatur cara
                                          akan menguji atur cara  yang  telah  ditulis untuk mengesan dan
                                          membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada atur cara. Terdapat
                                          tiga jenis ralat dalam atur cara iaitu ralat sintaks (syntax error), ralat
                                          masa larian (run time error) dan ralat logik (logical error).

                 102     BAB 4  Kod Arahan






       UNIT04_4.1_94-110.indd   102                                                                    9/29/16   3:32 PM
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116