Page 112 - BUKU TEKS ASK T1
P. 112

Pada fasa  dokumentasi,  pengatur cara akan menyediakan dua jenis dokumentasi
                 iaitu dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran.  Dokumentasi dalaman biasanya
                 disediakan untuk kegunaan pengatur cara lain atau pihak pelanggan bagi memudahkan
                 penyelenggaraan atur cara atau sistem. Dokumentasi luaran disediakan kepada pengguna
                 akhir yang menggunakan atur cara tersebut. Dokumentasi luaran menerangkan cara-cara
                 menggunakan atur cara (manual pengguna).
                    Langkah-langkah berikut menunjukkan contoh bagi membangunkan satu atur cara.



                   Langkah 1: Analisis masalah

                  1.  Paparkan satu soalan hasil darab dua nombor yang dijanakan secara rawak daripada
                      1 hingga 20.
                  2.  Simpan jawapan kepada soalan yang dijanakan dalam pemboleh ubah.
                  3.  Tunggu pengguna menaip jawapan.
                  4.  Jika pengguna menaip “X”, atur cara berhenti.
                  5.  Semak jawapan.
                  6.  Jika betul, paparkan mesej “Tahniah!”.
                  7.  Kemas kini dan paparkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
                  8.  Jika salah, paparkan mesej “Maaf! Jawapan betul ialah …”




                  Langkah 2: Reka bentuk atur cara

                  MULA
                    PAPARKAN arahan soalan
                    PAPARKAN bilangan soalan yang dijawab betul
                    JANAKAN dua nombor secara rawak daripada nilai 1 hingga 20
                    HITUNG hasil darab bagi dua nombor itu
                    PAPARKAN kedua-dua nombor itu
                    TANYA soalan
                    TUNGGU input pengguna
                      JIKA input pengguna ialah “X”
                       HENTIKAN kuiz
                      JIKA TIDAK
                       SEMAK input pengguna
                           JIKA jawapan betul
                               PAPARKAN mesej “Tahniah!”
                           JIKA TIDAK
                               PAPARKAN mesej “Maaf! Jawapan betul ialah …”
                               KEMASKINI bilangan soalan yang dijawab betul
                           TAMAT JIKA
                      TAMAT JIKA
                  TAMAT


                                                                                                  103
                                                                             BAB 4  Kod Arahan





       UNIT04_4.1_94-110.indd   103                                                                    9/29/16   3:32 PM
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117