Page 49 - BUKU TEKS ASK T1
P. 49

Unit ukuran bagi imej digital
                                          Imej digital berbeza dari segi saiz dan kualiti seperti kejelasan,
                                          ketajaman dan bilangan warna yang digunakan. Tiga jenis ukuran
                                          yang lazim digunakan untuk membezakan dan mengukur saiz
                                          serta kualiti imej digital ialah resolusi, dimensi dan kedalaman
                 La yari laman sesa w ang   bit warna.
                 Layari laman sesawang
                 berikut untuk maklumat   (a) Resolusi
                 lanjut tentang resolusi
                 imej digital.            Imej digital yang dipaparkan pada monitor komputer terdiri
                                          daripada bintik-bintik kecil yang dikenali sebagai  piksel. Piksel
                                          ialah  elemen yang terkecil  untuk  paparan imej pada  skrin atau
                                          dalam bentuk cetakan. Satu imej fail terdiri daripada banyak piksel.
                                          Resolusi memerihalkan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej.
                                             Resolusi sesuatu imej ialah bilangan piksel yang terdapat
                                          pada imej tersebut. Resolusi diukur berdasarkan bilangan piksel
                 http://goo.gl/iycRHX
                                          dalam unit dpi (dots per inch). Sekiranya suatu imej mempunyai
                                          resolusi 72 dpi, maka setiap satu inci grid imej mengandungi
                                          72 piksel lebar dan 72 piksel tinggi iaitu 72 × 72 = 5184 piksel
                                          seinci persegi. Rajah 2.4 menunjukkan paparan satu imej digital
                                          yang mempunyai dpi dan resolusi yang berlainan.





                 Selain dpi, dimensi
                 juga boleh digunakan
                 untuk menentukan
                 resolusi imej. Misalnya,         (a) 3 dpi         (b) 9 dpi          (c) 24 dpi
                 satu imej 1920 × 1080
                 mempunyai resolusi
                 yang lebih tinggi
                 daripada imej
                 1280 × 720.

                                                 (d) 72 dpi        (e) 100 dpi        (f) 300 dpi
                                              Rajah 2.4  Contoh imej yang sama dalam resolusi yang berlainan
                                             Lazimnya, imej digital yang mempunyai resolusi  72 dpi
                                          adalah mencukupi untuk tujuan paparan pada skrin, manakala
                                          resolusi 300 dpi diperlukan untuk cetakan.




                 Imej digital hitam putih, diwakili                                 0 0 1 0 0 1 0 0
                 oleh piksel berwarna hitam atau                                    0 0 1 1 1 1 0 0
                 putih. Dalam nombor perduaan, putih                                0 0 0 1 1 0 0 0
                 diwakili digit 0 dan hitam diwakili                                1 1 1 1 1 1 1 1
                 digit 1. Saiz untuk setiap piksel ialah                            1 0 1 1 1 1 0 1
                 1 bit.                                                             1 0 1 1 1 1 0 1
                                                                                    0 0 1 0 0 1 0 0
                                                                                    0 1 1 0 0 1 1 0

                  40
                         BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.2_39-67.indd   40                                                                      9/22/16   11:40 AM
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54