Page 51 - BUKU TEKS ASK T1
P. 51
(c) Kedalaman bit warna
Kedalaman bit warna atau kedalaman warna bermaksud bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan
untuk menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital. Lebih banyak bit
yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.
Sebagai contoh, sesuatu imej hitam dan putih mengandungi dua warna sahaja iaitu
hitam dan putih. Dua kod binari sudah mencukupi untuk mewakili dua warna ini, iaitu 0
untuk mewakili warna putih dan 1 untuk mewakili warna hitam seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 2.8.
Jadual 2.8 Dua binari untuk imej hitam dan putih
Kod binari Warna Perkataan “binari” bermaksud perduaan.
0 Putih 1 bit bermaksud satu digit binari.
1 Hitam
Kod binari yang mengandungi satu digit dikenali sebagai kod binari 1 bit. Imej hitam
dan putih yang menggunakan dua kod binari 1 bit untuk mewakili warnanya dikatakan
mempunyai kedalaman warna 1 bit. Jadual 2.9 Empat kod binari untuk imej
Andaikan sesuatu imej skala kelabu yang skala kelabu
menggunakan empat warna iaitu putih, kelabu Kod binari Warna
cerah, kelabu gelap dan hitam. Empat kod binari 00 Putih
diperlukan untuk mewakili empat warna ini iaitu 00 01 Kelabu cerah
untuk warna putih, 01 untuk kelabu cerah, 10 untuk 10 Kelabu gelap
kelabu gelap dan 11 untuk warna hitam seperti
dalam Jadual 2.9. 11 Hitam
Kod binari yang mengandungi dua digit dikenali sebagai kod binari 2 bit. Imej yang
menggunakan empat kod binari 2 bit untuk mewakili warnanya dikatakan mempunyai
kedalaman warna 2 bit.
Jadual 2.10 Kedalaman bit warna dan bilangan warna bagi imej
Kedalaman bit Pengiraan Bilangan warna yang
warna boleh diwakili
1
1 bit 2 = 2 2
2 bit 2 = 2 × 2 4
2
3 bit 2 = 2 × 2 × 2 8
3
4 bit 2 = 2 × 2 × 2 × 2 16
4
8 bit 2 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 256
8
2 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 ×
16
16 bit 65 536
2 × 2 × 2 × 2 × 2
2 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 ×
24
24 bit 16 777 216
2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2
Jadual 2.10 menunjukkan bahawa imej yang menggunakan lebih banyak warna
memerlukan lebih banyak kod binari untuk mewakili setiap warna tersebut. Ini hanya dapat
dicapai dengan menggunakan lebih banyak bit dalam bentuk kod warna. Lebih banyak
bilangan warna dalam sesuatu imej, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.
42
BAB 2 Perwakilan Data
UNIT02_2.2_39-67.indd 42 9/22/16 11:40 AM

