Page 50 - BUKU TEKS ASK T1
P. 50

(b) Dimensi
                 Dimensi sesuatu imej digital merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit
                 piksel. Dimensi suatu imej biasanya dinyatakan dalam bentuk bilangan piksel panjang darab
                 bilangan piksel lebar (bilangan piksel panjang × bilangan piksel lebar).

                    Dimensi  juga  boleh  dinyatakan  dalam  bentuk  jumlah  piksel  yang membentuk imej.
                 Misalnya bagi imej (640 × 480) jumlah piksel ialah 307 200 piksel.


                                   1300 piksel                                  1300 piksel

                                 72 piksel
                                                                                        144 piksel
                       128 piksel
                  800 piksel                                   800 piksel  256 piksel













                 Rajah 2.5   Paparan imej 128 piksel × 72 piksel   Rajah 2.6   Paparan imej 256 piksel × 144 piksel
                          pada paparan monitor yang berdimensi         pada paparan monitor yang berdimensi
                          1300 piksel × 800 piksel                     1300 piksel × 800 piksel

                    Jika paparan monitor mempunyai dimensi 1300 piksel  × 800 piksel, maka imej
                 128 piksel  × 72 piksel akan diperhatikan seperti dalam Rajah 2.5. Imej dengan dimensi
                 256 piksel × 144 piksel akan diperhatikan seperti dalam Rajah 2.6.


                    Cuba   Fikirkan
                  Sesuatu imej yang mempunyai dimensi 128 piksel × 72 piksel telah
                  diperbesar. Apakah yang dapat diperhatikan? Apakah kesan        Layari laman sesawang
                                                                                  La
                                                                                    yari laman sesa
                                                                                               w
                                                                                                 ang
                  kepada kualiti imej ini? Berikan sebab bagi jawapan anda.       ini untuk maklumat
                                             1300 piksel                          tambahan bagi
                                                                                  menyelesaikan aktiviti
                                                                                  Cuba Fikirkan.
                               800 piksel






                                                                                   http://goo.gl/KZizji





                                                                                                   41
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.2_39-67.indd   41                                                                      9/22/16   11:40 AM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55