Page 3 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 3

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


                       HARI PENDAFTARAN PELAJAR JUNIOR

                                                – 2 SEPT 2019





                                                                      KOLEJ    AMINUDDIN     BAKI,    UNIVERSITI
                                                                      PENDIDIKAN  SULTAN  IDRIS  MENGADAKAN
                                                                      SAMBUTAN  HARI  PENDAFTARAN  PELAJAR
                                                                      BAHARU AMBILAN SEPTEMBER 2019.

                                                                      UPSI,  Tanjong  Malim  –  Pada  2  September  2019
                                                                      yang  lalu,  mahasiswa  Kolej Aminuddin  Baki  (KAB)
                                                                      telah  mengadakan  sambutan  Hari  Pendaftaran

                                                                      pelajar baharu ambilan September 2019. Sambutan
                                                                      ini diadakan adalah bertujuan bagi mengalu-alukan

                                                                      kedatangan  mereka  ke  Kolej  Aminuddin  Baki,
                                                                      Universiti Pendidikan Sultan Idris.

                                                                      Sambutan Hari Pendaftaran pelajar baharu ambilan
                                                                      September 2019 ini diadakan selama satu hari yang

                                                                      melibatkan  40  ahli  jawatankuasa  pelaksana  yang
                                                                      terdiri  daripada  pihak  pentadbir  dan  majlis
                                                                      mahasiswa   kolej,   Kolej   Aminuddin   Baki.
                                                                      Kedatangan  ibu  bapa  bersama  anak-anak  mereka
                                                                      disambut  dengan  senyuman  seperti  mana  amanat

                                                                      Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Md. Amin
                                                                      Md.  Taff  bahawa  gunakan  senyuman  kepada  ibu
                                                                      bapa  yang  datang  agar  mereka  berasa  gembira
                                                                      berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

                                                                      Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki juga

                                                                      telah   mensajikan   persembahan   sempena

                                                                      menyambut kedatangan para ibu bapa dan pelajar
                                                                      baharu  ambilan  September  yang  bertempat  di
                                                                      Laman  Motivasi,  Kolej  Aminuddin  Baki.  Antara
                                                                      persembahan  yang  disajikan  adalah  persembahan
                                                                      silat  dan  persembahan  nyanyian  dan  tarian

                                                                      Cemerlang  Bersama  sebagai  pembuka  tirai
                                                                      sambutan  hari  pendaftaran  pelajaran  ambilan
                                                                      Sepetember 2019.






                                     KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA
   1   2   3   4   5   6   7   8