Page 5 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 5

BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)


                          MALAM BERSAMA FELO – 7 SEPT 2019





































              KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM MALAM BERSAMA FELO
                                                   SEMESTER 1 SESI 2019/2020.

            UPSI, Tanjong Malim – Pada 18 dan 19 September 2019 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah
            mengadakan  program  Malam  Bersama  Felo  dan  program  ini  adalah  program  berkala  yang  sentiasa  diadakan
            pada setiap semester. Selain itu, Malam Bersama Felo diadakan selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 september

            2019. Penghuni yang terlibat pada 18 haribulan adalah penghuni dari blok B dan C manakala pada 19 haribulan
            pula  adalah  bagi  penghuni  blok  D  dan  E.  Program  ini  dijalankan  di  Pusat  Aktiviti  Pelajar  Kolej  Aminuddin  Baki

            bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam.

            Malam Bersama Felo ini dimulakan dengan ucapan dari Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Madya Dr. Hj. Syed

            Sofian bin Hj. Syed Salim diikuti dengan ucapan daripada Felo Blok dan diteruskan dengan taklimat Denggi dari
            Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini memberi impak yang positif kepada para penghuni
            kerana melalui program ini penghuni dapat memahami selok-belok dan peraturan kolej.


                                     KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10