Page 6 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 6
BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)
QURAN EARTH HOUR (21 SEPTEMBER 2019)
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM QURAN HOUR 2019 DI BAWAH ANJURAN
EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH.
UPSI, Tanjong Malim – Pada 21 September 2019 yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah mengadakan Program
Quran Hour bagi semua penghuni KAB serta mahasiswa dan mahasiswi UPSI bertempat di Surau Al – Falah, KAB. Terdapat 3
aktiviti yang dijalankan di bawah program ini iaitu aktiviti memasak bubur As-Syuraa, membaca Al-Quran secara berjemaah
dan Bicara Santai “Mengapa kita perlu kepada Al-Quran?”.
Aktiviti memasak dan mengagihkan bubur As-Syuraa kepada mahasiswa/i bertujuan untuk menanam sikap pemurah dan
berkongsi kebahagiaan dalam diri mahasiswa/i. Program Quran Hour menampilkan jemputan khas dari Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), iaitu Ustazah Nazirah Binti Abu Bakar dan Ustaz Mohd Hariri Bin Mohamad Daud. Program ini juga
dijalankan bertujuan untuk menanam rasa cinta dalam diri mahasiswa/i terhadap Al-Quran di samping, dapat memupuk
amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian umat Islam.
Seterusnya, program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kepentingan Al – Quran
setiap insan. Semoga program kerohanian mendapat tempat di hati mahasiswa/i dan terus mendapat sambutan.
KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

