Page 4 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 4
BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)
SIMFONI KASIH (SIKAS 2019) – 7 SEPT 2019
UPSI, Tanjong Malim – Pada 7 September 2019
yang lalu, mahasiswa Kolej Aminuddin Baki
(KAB) telah mengadakan Program Orientasi
Simfoni Kasih bagi pelajar baharu ambilan
September 2019 bertempat di Pusat Aktiviti
Pelajar KAB. Program Orientasi Simfoni Kasih
KAB ini dijalankan adalah bertujuan agar
pelajar-pelajar baharu dapat mengenali pihak
pentadbir kolej, felo setiap blok dan majlis
mahasiswa kolej, Kolej Aminuddin Baki. Di-
samping itu juga, agar pelajar lebih berdisiplin
dengan pengurusan masa dan mencungkil
bakat yang ada pada diri mereka untuk aktif
dalam program-program kolej.
Program Orientasi Simfoni Kasih ini diadakan
selama 2 hari 1 malam yang melibatkan 540
pelajar baharu dan 40 orang fasilitator.
Pelbagai latihan dalam kumpulan (LDK)
dijalankan antaranya Ice Breaking, The floor is
lava, Believe me, mirror me, You can speak
dan sebagainya. Kesemua LDK yang
dijalankan mempunyai ibrah yang tersendiri
seperti LDK the floor is lava adalah bertujuan
memupuk semangat pasukan dan berdisiplin
dalam pengurusan masa.
Program ini memberikan impak yang positif
kepada semua pelajar khususnya pelajar
baharu ambilan Sepetember 2019 Kolej
Aminuddi Baki. Hal ini demikian kerana,
mereka telah terdedah dengan suasana dan
persekitaran positif sebelum memasuki kuliah.
Setelah program ini tamat, pelajar boleh
mengambil dan mengaplikasikan nasihat-
nasihat yang diberikan daripada pihak
pentadbir, barisan felo dan MMK, untuk
kesejahteraan bersama.
KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

