Page 7 - BUSKAB 2019 (SEPT-OKT 2019
P. 7
BULETIN SIMFONI KAB (BUSKAB)
RAUDHATUL MAWADDAH SIRI 1 (27 SEPTEMBER)
KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS MENGADAKAN PROGRAM RAUDHATUL
MAWADDAH SIRI 1 2019.
UPSI, Tanjong Malim - Pada 27 September 2019 yang lalu,
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah di bawah Majlis
Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki sidang 2019/2020
telah mengadakan Program Raudhatul Mawaddah Siri 1
bagi mahasiswi UPSI khususnya penghuni Kolej Aminuddin
Baki sendiri. Program ini berlangsung selama dua jam
bertempat di Surau Al-Falah KAB..
Selari dengan amanat Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr.
Mohammad Shatar bin Sabran yang menginginkan
pelajarnya cemerlang 2A iaitu cemerlang akhlak dan
akademik, Program ini dijangka akan dilanjutkan sehingga
enam kali bagi memastikan mahasiswi UPSI tidak hanya
tertumpu kepada akademik, malah akhlak turut terjaga.
Bagi siri 1 ini, Raudhatul Mawaddah membawakan tajuk
“Keseimbangan kehidupan: Bagaimana menggapai
bahagia ?” yang disampaikan oleh Dr Sakinah binti Salleh
dari Fakulti Sains Kemanusiaan. Seramai 240 orang peserta
hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga segala ilmu yang
diperoleh dapat diamal dan dipraktikkan oleh para
peserta dalam kehidupan seharian mereka.
KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA

