Page 110 - buku pengurusan smkj21
P. 110
DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH
1. Mengikut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
mendefinisikan kokurikulum seperti berikut:
“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid
untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah”.
2. Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 Jilid 42 No.11 Tambahan No 41
Perundangan P.U(A)196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada
kategori yang berikut:
2.1 Mata Pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
2.2 Hobi dan rekreasi
2.3 Sukan dan Permainan
2.4 Badan Beruniform atau
2.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar
3. Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967 Jilid II Bil 27, No.5652 telah membuat ketetapan
peruntukan masa untuk kokurikulum seperti berikut:
Tingkatan Aliran Masa (minit)
Peralihan, 1, 2,3 180
4 dan 5 Sastera 180
Sains 180
Teknik 100
Pertanian 140
Perdagangan 180
1. UMUM
1. Kegiatan kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Pelaksanaannya di
semua sekolah adalah wajib [ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550].
2. Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah satu kesalahan yang jika disabitkan
boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali di bawah Penalti
Am [Seksyen 135, Akta Pendidikan 1996].
3. Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Matlamat gerak kerja
kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang murid. Setiap murid hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab atau satu kegiatan sukan atau permainan [ SPI Bil 1 Tahun
1985].
4. Sekolah mewujudkan peluang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum
yang diminati oleh mereka.
5. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah
direkodkan dan diberi penilaian [SPI Bil 1 Tahun 1985 dan SPI Bil 2 Tahun 1986].
6. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum setelah murid itu didaftarkan untuk
menyertainya ialah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan
tindakan disiplin jika disabitkan bersalah, seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah
atau ponteng kelas.
7. Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib [SPI Bil 1 Tahun 1985].
8. Setiap guru di sekolah hendaklah diberi tugas dan tanggung jawab secara bertulis, spesifik,
103

