Page 113 - buku pengurusan smkj21
P. 113

vi.  Hubungan sekolah dengan komuniti lebih efektif

               4.  TANGGUNGJAWAB  GURU  PENASIHAT  KELAB/PERSATUAN,  SUKAN/PERMAINAN  DAN  UNIT
               UNIFORM

               1.      Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
               2.      Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
               3.      Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
               4.      Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
               5.      Merancang  aktiviti  tahunan  dengan  kerjasama  pelajar.  berteraskan  ilmu  pengetahuan,
                       kemahiran dan kreativiti/inovasi.
               6.      Memastikan aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
               7.      Merekod dan menganalisis data serta maklumat pelajar/aktiviti setiap unit.
               8.      Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Unit.
               9.      Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik.
               10.     Memastikan minit mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
               11      Mendaftarkan Unit Pakaian seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan kepada
                       Pengetua.
               12.     Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
               13.     Mengurus  penyertaan  ahli-ahli  dalam  kegiatan  di  peringkat  sekolah/  daerah/  negeri  dan
                       kebangsaan dengan baik.
               14.     Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
               15.     Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
               16.     Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
               17.     Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
               18.     Menentukan Papan Kenyataan diguna dengan sepenuhnya.
               19.     Mencadangkan  nama  ahli  yang  layak  menerima  Sijil  Penghargaan  kepada  Jawatankuasa
                       Kokurikulum Sekolah.
               20.     Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
               21.     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


























                                                                                                      106
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118