Page 111 - buku pengurusan smkj21
P. 111

terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam
                       bidang kurikulum.
               9.      Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah
                       suatu   kesalahan   dari   segi   keperluan   perkhidmatan   atau   kepatuhan   dan
                       kebertanggungjawaban penjawat awam ataupun moral dan wibawa keguruan yang boleh
                       dikenakan tindakan disiplin mengikut Perintah-perintah Am Pegawai Awam-Bab D-Kelakuan
                       dan tatatertib.
               10.     Setiap  kegiatan  kokurikulum  yang  dilaksanakan  hendaklah  mengandungi  elemen-elemen
                       pengetahuan,  pengalaman  dan  kemahiran  baharu  serta  nilai-nilai  murni  yang  membantu
                       murid membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani secara seimbang.
               11.     Pelaksanaan  kegiatan  kokurikulum  di  sekolah  hendaklah  berasaskan  prinsip  penyertaan
                       beramai-ramai  tanpa  ada  unsur  diskriminasi  atau  paksaan  tetapi  memfokus  kepada
                       peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid.
               12.     kegiatan  kokurikulum  yang  dilaksanakan  di  sekolah  hendaklah  bersifat  merentas  disiplin,
                       bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaannya pula terbuka kepada semua murid.
               13.     Kegiatan kemasyarakatan seperti kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong-royong
                       memperbaiki sekolah, gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral
                       dan  sebagainya  yang  sesuai  bagi  pendidikan  menyeluruh  dan  pembentukan  keperibadian
                       murid juga dianggap sebagai kegiatan kokurikulum [ SPI Bil 1 Tahun 1985].
               14.     Kegiatan  kokurikulum  di  sekolah  boleh  dilaksanakan  dengan  penglibatan  dan  penyertaan
                       anggota masyarakat setempat jika ada keperluan.
               15.     Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid bergiat dalam kegiatan pasukan seragam
                       yang  terdapat  di  sekolah-sekolah.  Selaras  dengan  dasar  tersebut,  guru  dan  murid  juga
                       dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan
                       dari semasa ke semasa oleh agensi kerajaan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar
                       [SPI Bil 24 Tahun 1998].
               16.     Kementerian  Pendidikan  membenarkan  pihak  sekolah  menganjurkan  program  lawatan
                       pendidikan  murid  semasa  waktu  persekolahan  secara  terancang.  Kementerian  juga
                       menggalakkan  penglibatan  ibu  bapa  yang  berminat  untuk  menyertai  lawatan-lawatan
                       tersebut [SPI Bil 2 Tahun 2000].
               17.     Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan murid atau orang perseorangan
                       (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di
                       sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata,
                       tetapi hendaklah juga diberi kepada murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik [ SPI Bil 1
                       Tahun 1985].
               18.     Sekolah hendaklah mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi
                       diri masing-masing dalam bidang kokurikulum yang diminati oleh murid ke peringkat yang
                       lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Murid juga sebaik-baiknya diberi peluang
                       memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.

               2. KEGIATAN EKSTRA KURIKULUM
               1.      Sekolah  sentiasa  menggalakkan  supaya  murid-murid  didedahkan  kepada  bidang-bidang
                       kesenian berikut:
                       i. Bahasa dan kesusasteraan; penghayatan dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan puisi
                         dan  prosa  seperti  sajak,  syair,  penulisan  esei  dan  kegiatan-kegiatan  penulisan  kreatif,
                         pemikiran dan keilmuan melalui forum, perbahasan dan sebagainya.
                       ii. Seni halus dan seni tampak; bidang-bidang pertukangan tangan, seni ukir, seni hias, seni
                         khat, seni foto, seni lukis, seni tembikar, tekat-menekat, sulam-menyulam, tenunan dan
                         anyaman.
                       iii. Seni mempertahankan diri; silat.
                       iv. Permainan tradisi; gasing, congkak, wau.





                                                                                                      104
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116