Page 115 - buku pengurusan smkj21
P. 115
1.1 JAWATANKUASA RIMUP
Setiausaha : Wan Yusna Nabilah bt Wan Embong
Ahli Jawatankuasa : Noorazlina bt Md Zahari
Tugas dan Tanggungjawab:
1. Merancang, melaksanakan dan memantau program dan aktiviti RIMUP di
peringkat sekolah.
2. Merancang kegiatan-kegiatan khas program untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid seperti:
a. Program akademik
b. Sukan dan permainan
c. Perayaan dan perhimpunan
d. Perkhemahan dan lawatan
e. Khidmat masyarakat
3. Membuat kertas kerja dan belanjawan yang diperlukan.
4. Membuat laporan dan dokumentasi program/aktiviti yang telah dilaksanakan.
5. Jawatankuasa RIMUP tidak boleh menyentuh atau terlibat dalam aspek agama dan
pentadbiran sekolah-sekolah yang menyertai RIMUP.
6. Segala keputusan jawatankuasa tentang penggabungan kegiatan khas, penggunaan
secara bersama kemudahan dan peralatan sekolah, perkongsian dan
penggemblengan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada boleh diambil
setelah dipersetujui bersama.
1.2 JAWATANKUASA LAWATAN
Setiausaha : Nor Suhana bt Mohd Fuzei
Tugas dan Tanggungjawab:
1. Memastikan Ketua Rombongan menyediakan kertas kerja lawatan.
2. Memastikan nisbah guru pengiring dan murid adalah 1:10 dan perlu melantik guru
pengiring mengikut jumlah dan jantina murid.
3. Memastikan semua murid mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk
menyertai lawatan dengan mengemukakan boring kebenaran lawatan kepada
pihak sekolah.
4. Memastikan ketua pengiring membawa surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan
maklumat murid sepanjang lawatan.
5. Memastikan keselamatan/jumlah murid adalah tepat termasuklah setiap kali
menaiki kenderaan lawatan.
6. Menyediakan atau membawa kit keselamatan semasa lawatan.
7. Melantik seorang ketua dari kalangan murid lelaki dan perempuan.
8. Meminta semua ketua melaporkan sebarang masalah yang dihadapi.
9. Memastikan murid sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10. Melaporkan keberadaan murid/peserta lawatan kepada PGB sekiranya berlaku
kemalangan, kelewatan atau sebarang kesulitan.
11. Menyediakan laporan aktiviti dengan lengkapnya setelah tamatnya program.
108

