Page 112 - buku pengurusan smkj21
P. 112

2.      Kegiatan seni lakon atau seni pentas juga digalakkan dengan mengutamakan kesenian tradisi
                       rakyat asal rantau ini;
                       i. Nyanyian seni suara; nyanyian tradisi rakyat seperti lagu-lagu rakyat (contoh Rasa Sayang,
                         Lenggang Kangkong), lagu asli (misalnya Dendang Sayang, Tudung Periok), Nasyid, Qasidah,
                         Marhaban, Hadrah.
                       ii. Muzik; membina penghayatan muzik melalui Muzik Tradisi seperti Gamelan, Wayang Kulit,
                         Kompang, Ghazal.
                       iii. Seni lakon / teater; seni lakon/teater bercorak tradisi/klasik seperti Makyung, Bangsawan,
                         Boria. Teater semasa / kontemporari seperti drama tari, drama moden, purbawara.
                       iv. Seni tari; tarian tradisi kebangsaan seperti Inang, Zapin dan Joget. Tarian bersifat wilayah
                         budaya seperti Kuda Kepang, Canggung, Sumazau.
               3.      Bidang kesenian yang hendak diketengahkan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi
                       hendaklah semestinya berlandaskan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
               4.      Mana-mana  unsur  kesenian  asing  hanya  boleh  dipersembahkan  dalam  majlis-majlis  dan
                       upacara  sekolah  setelah  diubahsuaikan  dengan  prinsip-prinsip  Dasar  Kebudayaan
                       Kebangsaan.
               5.      Penglibatan murid berbilang kaum dalam satu-satu aktiviti kesenian sangat digalakkan untuk
                       memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum serta menyerapkan ciri-ciri keperibadian
                       kebangsaan.
               6.      Sebarang persembahan yang mengandungi unsur-unsur budaya massa yang tidak terkawal
                       seperti tarian disko, hippism dan lain-lain unsur baru pengaruh asing dari semasa ke semasa
                       yang tidak sesuai dan bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah dilarang.
               7.      Semua bentuk aktiviti kesenian dan kebudayaan sekolah hendaklah mematuhi Garis Panduan
                       Mengenai Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah [ SPI Bil 3 Tahun 1984].

               3. PENGURUSAN KEGIATAN KOKURIKULUM
               1.      Aktiviti  kokurikulum  telah  ditetapkan  pada  setiap  hari  Rabu.  Selain  daripada  itu,  aktiviti
                       kokurikulum juga dilaksanakan mengikut perancangan Takwim Kokurikulum atau surat arahan
                       jabatan bagi memenuhi peruntukan masa kokurikulum
               2.      Setiap guru menerima tugas dan tanggung jawab masing-masing dalam bidang kokurikulum
                       secara bertulis. Tugas dan tanggung jawab ini mestilah jelas, spesifik, adil dan kuantitatif serta
                       ada unsur-unsur yang menguji kepatuhan, kesungguhan dan kebertanggungjawaban serta
                       yang mencabar profesionalisme guru.
               2.      Fail pengurusan setiap unit hendaklah sentiasa kemas kini, aktif dan lengkap. Setiap unit mesti
                       mempunyai  Takwim  Aktiviti  Unit  berpandukan  Takwim  Kokurikulum  Sekolah.  Setiap  unit
                       membuat perancangan aktiviti berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh JK Kokurikulum
                       Sekolah.
               3.      Setiap murid hendaklah menyertai kegiatan kokurikulum seperti yang ditetapkan dan masing-
                       masing  mempunyai  rekod  penyertaan,  penglibatan  dan  pencapaian  dalam  bidang
                       kokurikulum berdasarkan skema penilaian yang ditetapkan oleh KPM.
               4.      Sekolah hendaklah mewujudkan dan mengemas kini pangkalan data mengenai pencapaian
                       sekolah dan murid dalam bidang kokurikulum pada setiap tahun.
               5.      Sekolah hendaklah berhasrat untuk menghasilkan satu pasukan murid atau seorang murid
                       mencapai  kejayaan  yang  cemerlang  di  peringkat  kebangsaan  dan  menyertai  aktiviti  di
                       peringkat antarabangsa.
               6.      Indikator  kemenjadian  murid  hasil  kegiatan  kokurikulum  yang  berkesan  dapat  dikesan
                       melalui:
                       i.  Penurunan kadar kes disiplin dan vandalisme
                       ii. Penurunan kes ponteng dan buang sekolah
                       iii. Murid cergas dan ceria
                       iv. Peningkatan kuantiti dan kualiti dalam aspek budi bahasa dan budi pekerti
                       v. Peningkatan prestasi akademik



                                                                                                      105
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117