Page 18 - buku pengurusan smkj21
P. 18

PIAGAM PELANGGAN


               Piagam Pelanggan Pelajar
                   ◼  Memastikan semua pelajar dapat belajar dengan sempurna pada setiap waktu belajar bermula
                       dari hari pertama hingga akhir tahun.
                   ◼  Memastikan pengajaran dan pembelajaran bermula tepat pada masanya atau selewat-lewatnya
                       5 minit selepas loceng berbunyi.
                   ◼  Memastikan urusan rawatan pelajar sakit ke klinik selewat-lewatnya dalam tempoh tiga puluh
                       minit.

               Piagam Pelanggan Staf
                   ◼  Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat dari
                       satu hari dari tarikh surat itu diterima.
                   ◼  Memberi  peluang  peningkatan  kerjaya  (berkursus)  sekurang-kurangnya  sekali  dalam  setahun
                       kepada semua staf
                   ◼  Setiap kakitangan baharu dipastikan mendapat gaji pertama tidak lewat daripada 3 bulan selepas
                       mendaftar diri.
                   ◼  Semua borang tuntutan perjalanan diproses dalam masa seminggu selepas borang diterima.

               Piagam Pelanggan Ibu bapa
                   ◼  Memberi maklum balas urusan surat menyurat dalam tempoh dua hari.
                   ◼  Memastikan  ibu  bapa  dan  penjaga  yang  berurusan  di  kaunter  mendapat  layanan  mesra  dan
                       diselesaikan dalam masa 30 minit.
                   ◼  Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini pencapaian pelajaran anak-anak dalam masa
                       tiga minggu selepas peperiksaan dijalankan.

               Piagam Pelanggan Komuniti
                   ◼  Memberi layanan dan perkhidmatan terhadap aktiviti kemasyarakatan mengikut keperluan dan
                       kesesuaian semasa.

               Piagam Pelanggan Stake Holder
                   ◼  Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan
                       Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat maklum balas
                       dalam tempoh tiga hari.

                           Segala kemusykilan dan pertanyaan, sila berhubung dengan pengetua di talian:
                                                          Pengetua
                             SMK (LKTP) JENGKA 21, 26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka,  Pahang.
                                                     Telefon: 09-4862325
                                                     Faksimili: 09-4862325

















                                                                                                           13
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23