Page 20 - buku pengurusan smkj21
P. 20
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu guru dikehendaki membaca, memahami dan
mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca dan boleh mentafsirkan dengan
tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan
tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu rasmi perhimpunan pagi
dan merakamkan/mencatatkan masa kehadiran pada Rekod Masuk Bertugas dalam Sistem
Kehadiran Bertugas semasa sampai di sekolah dan mencatatkan masa pulang pada Rekod Daftar
Balik selepas tamat bertugas.
2.3 Masa Persekolahan:
Perhimpunan Rasmi (Isnin) : 7.40 pagi hingga 8.10 pagi
Perhimpunan Kokurikulum (Rabu) : 11.00 pagi hingga 4.30 petang
Isnin - Khamis : 7.40 pagi hingga 2.00 petang
Jumaat : 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari
2.4 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan
sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memaklumkan kepada pihak sekolah secepat mungkin untuk
tujuan menyediakan Jadual Guru Ganti.
2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.
15

