Page 21 - buku pengurusan smkj21
P. 21
3. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU MASA PERSEKOLAHAN
3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN/PPG/PPD atau sekolah
dengan memaklumkan serta mendapatkan kebenaran daripada Pengetua.
3.2 Guru yang ingin keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan mesti mendapatkan
kebenaran ketua jabatan dan dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar.
3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan tugasan/latihan untuk pelajar
melalui Penolong Kanan/Ketua Bidang.
4. CUTI
4.1 Cuti Rehat Khas /Cuti Penggal - Guru berkelayakan mendapat cuti penggal tetapi boleh dipanggil
bertugas oleh Pengetua tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. Guru diberi kelayakan cuti rehat khas
bagi menggantikan cuti sambilan. Semua guru dan staff perlu memohon cuti secara bersemuka
dengan Pengetua sekurang-kurangnya sehari sebelum bercuti kecuali kes-kes kecemasan.
4.2 Cuti Sakit:
4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam
setahun.
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk meneruskan
pembayaran gaji.
4.3 Cuti tanpa gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.3.2 Cuti tanpa gaji boleh diberi selepas habis semua cuti rehat.
4.3.3 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bekerja bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali masa
dalam 4 tahun.
4.3.5 Kelulusan cuti tanpa gaji yang melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Negeri Pelajaran 10
minggu sebelum bercuti.
4.4 Cuti Keluar Negara - Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan
dari Jabatan. Borang permohonan hendaklah dikemukan selewat-lewatnya 4 minggu sebelum
sebelum tarikh bercuti.
5. PAKAIAN
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
16

