Page 22 - buku pengurusan smkj21
P. 22
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
5.4.1 Guru perempuan - seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek,
kasut sukan yang sesuai.
5.4.2 Guru lelaki - seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau
jersi, kasut sukan yang sesuai.
5.5 Guru lelaki hendaklah memakai blazer semasa perhimpunan rasmi hari Isnin.
6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesion yang baik dan sihat sesama guru
dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan
kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman /pendapat
/kepercayaan kepada guru atau pun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, status ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
7. PREMIS GURU
7.1 Kebersihan dan keselamatan premis guru adalah tanggungjawab guru sendiri termasuk harta
benda di dalam premis guru.
7.2 Guru hendaklah mengajar menggunakan premisnya yang ditetapkan mengikut Jadual Waktu
rasmi kecuali bagi mata pelajaran yang memerlukan bilik khas. Semasa tidak mengajar, masa
ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukan free period. Oleh itu, guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di premisnya untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di premisnya tanpa pengawasan.
7.4 Guru yang menggunakan premis guru lain, hendaklah dengan kebenaran/pengetahuan/
persetujuan guru berkenaan dan bersama bertanggungjawab memastikan suasana yang kondusif
dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan
Pengetua atau Pembantu Tadbir.
8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Ketua Panitia,
Ketua Bidang atau Penolong Kanan Kurikulum.
9. TUGAS GURU DALAM TAHUN SEMASA
9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan, misalnya menghadiri
mesyuarat, hadir ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan
dalam pengetahuan Pengetua.
17

