Page 23 - buku pengurusan smkj21
P. 23

10.      REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                       10.1   Guru mesti melaksanakan e-RPH dan menghantarnya pada setiap hari Jumaat.
                       10.2   Guru perlu mencetak RPH sekiranya dikehendaki berbuat demikian oleh pihak atasan.

               11.     JADUAL WAKTU
                       11.1   Guru  hendaklah  menyediakan  satu  salinan  jadual  waktu  untuk  dipamerkan  di  premis  sendiri.
                       11.2   Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran.
                       11.3   Guru mesti patuh dengan jadual waktu persendirian dan jadual waktu guru ganti.

               12.     JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

                       12.1   Guru tingkatan mesti mengisi laporan kehadiran murid dalam APDM sebelum jam 10 pagi pada
                              setiap hari.
                       12.2   Buku Kawalan Kelas mesti diisi pada setiap masa bagi memastikan semua murid berada di dalam
                              kelas sewaktu PdPc.
                       12.3     Pelajar  yang  tidak  hadir  selama  3  hari  berturut-turut,  ibu  bapa/penjaga  hendaklah  dihubungi
                              secara bertulis.
                       12.4   Analisis  mesti  dibuat  pada  setiap  akhir  bulan  dan  akan  disemak  oleh  guru  yang
                              dipertanggungjawabkan.

               13.     KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

                       13.1   Semua  guru  dikehendaki  memberi  kerjasama  sepenuhnya  dalam  menjaga  keselamatan  harta
                              benda  sekolah.  Pelajar  yang  merosakkan  harta  benda  sekolah  sama  ada  dengan  sengaja atau
                              tidak sengaja hendaklah di bawa ke pengetahuan pihak sekolah.
                       13.2   Ketua  Bidang/Ketua  Panitia/Guru Kanan  hendaklah  memastikan  peraturan-peraturan  tentang
                              penggunaan alat-alat/bilik-bilik seperti makmal, bengkel dan Iain-Iain telah  dipamerkan.

               14.     KEBERSIHAN

                       14.1   Setiap  guru  bertanggungjawab  menjaga  kebersihan  sekolah.  Jadual  giliran  bertugas  pelajar
                              hendaklah  disediakan  mengikut  premis  masing-masing.  Alatan  membersihkan kelas hendaklah
                              digunakan secara berhemah dan disimpan dengan  selamat.
                       14.2   Ketua Bidang/Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas  (bengkel,
                              bilik kaunseling, makmal dan Iain-Iain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik  tersebut.
                       14.3   Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

               15.     SURAT MENYURAT

                       15.1   Semua  surat  rasmi  hendaklah  dikirimkan  melalui  Pengetua  untuk  disampaikan  kepada  pihak
                              berkenaan.
                       15.2   Surat  yang  diterima  oleh  pihak  sekolah,  diedarkan  kepada  guru  untuk  diambil  tindakan  atau
                              makluman. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
                       15.3   Jika  surat  itu  ditujukan  kepada  guru  dengan  dinyatakan melalui  dan  salinan  kepada  Pengetua,
                              surat itu boleh disimpan oleh penerimanya setelah mengambil tindakan.
                       15.4   Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan diedarkan untuk  tindakan guru yang  berkenaan,
                              maka guru itu hendaklah:
                              15.4.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat,
                              15.4.2 Membuat salinan untuk fail meja




                                                                                                           18
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28