Page 98 - buku pengurusan smkj21
P. 98

4.  Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain-lain.
                       5.  Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa.
                       6.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

                       (D2)  BANTUAN KEWANGAN
                       1.  Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan berbentuk kewangan.
                       2.  Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan auditan
                           dan pemantauan seperti berikut:
                            a.   Senarai nama murid yang membuat permohonan.
                            b.   Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa.
                            c.   Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan.
                       3.  Menentukan bayaran bantuan kewangan sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai,
                           cek atau pemberian dalam bentuk barangan.
                       4.  Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan
                           dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas.
                       5.  Melaporkan kepada Bahagian  Kewangan,  KPM sekiranya terdapat  keraguan pada  senarai
                           penerima data sedia ada (DSA) dan status miskin/miskin tegar murid yang tersenarai dalam
                           eKASIH dan Data Murid Orang Asal (DMOA).

                       (D3)  SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA
                       KPM telah melantik Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad melaksanakan Skim Takaful  Pelajar
                       Sekolah  Malaysia  (TPSM)  untuk  memberikan  kemudahan  kepada murid sekolah di seluruh
                       Malaysia menuntut takaful perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar jangkaan.
                       Tatacara membuat tuntutan:
                       1.  Notis  Pemberitahuan  Kemalangan/tuntutan  mestilah  dibuat  dalam  tempoh  30  hari  dari
                           tarikh kemalangan.
                       2.  Pihak  sekolah/ibu  bapa/murid/waris  boleh  mengemukakan  tuntutan  terus  ke  Unit
                           Tuntutan  TPSM,  Ibu  Pejabat,  cawangan  Takaful  Malaysia  yang berdekatan  melalui
                           pengesahansekolah dengan menggunakan borang tuntutan TPSM.
                       3.  Borang  tuntutan  hendaklah  diisi  oleh  sekolah  berkenaan  dengan  membuat pengesahan
                           dan perakuan daripada PGB atau GPK HEM.
                       4.  PGB hendaklah memastikan bahawa:
                           a. Murid yang menuntut ialah murid yang sah dan berdaftar di sekolah berkenaan.
                           b. Tuntutan yang dibuat benar benar berada bawah skop perlindungan yang dinyatakan.
                       5.  Borang tuntutan hendaklah diisi dengan betulnya dan tepatnya.
                       6.  Semua borang mestilah ditandatangani oleh PGB atau GPK HEM.
                       7.  Bayaran manfaat tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.


               1.5     JAWATANKUASA KECIL KANTIN



                       Pengerusi                           : Subri bin Ismail (Pengetua)
                       Timbalan Pengerusi                  : Mohd Karim bin Ismail (GPK HEM)
                       Setiausaha                          : Rohaida Binti Ismail
                       Ahli Jawatan Kuasa                  : Siti Zubaidah binti Kassim
                                                           : Yusnazira binti Yusof







                                                                                                           91
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103