Page 116 - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 116
Aktiviti Rekreasi dan Kesenggangan
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti rekreasi dan kesenggangan
berdasarkan kemahiran tali aras rendah.
Aktiviti Kemahiran Tali Aras Rendah
Spider-web
“Spider-web” bertujuan untuk mengasah kemampuan, kerjasama,
ketangkasan, pengurusan serta kepimpinan.
Alatan:
1. Tali.
2. 2 batang kayu berukuran 3 meter atau lebih.
Pelaksanaan Permainan:
1. Setiap pasukan perlu berada pada salah satu bahagian jaring.
2. Satu lubang hanya boleh dilalui oleh seorang.
3. Lubang yang sudah dilalui tidak boleh digunakan lagi.
4. Tidak boleh tersentuh tali atau jaring. Jika tersentuh, kumpulan perlu
mengulang kembali aktiviti tersebut dari awal.
5. Ahli lain boleh saling membantu untuk melepasi lubang ‘‘spider-web’’.
6. Markah diberikan kepada ahli yang berjaya melepasi lubang ‘‘spider-web’’.
N
1.10.1, 2.10.1 NOTA GURUOTA GURU
5.2.1, 5.2.2 • Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk 107
5.2.5, 5.4.1 melaksanakan aktiviti.
5.5.2

