Page 70 - Matematik Tingkata 3
P. 70

Contoh   9                                                      BULETIN

           Encik Osman menyimpan RM20 000 dalam akaun simpanan di sebuah     Prinsip wadiah
                                                                             Harta atau wang tunai
           bank Islam, mengikut prinsip wadiah selama 1 tahun. Pada akhir  tahun   yang diterima dengan
           tersebut, beliau menerima sebanyak RM20 500 sebagai pulangan daripada   persetujuan pelanggan
           simpanan tersebut.  Tambahan RM500 merupakan hibah (hadiah) dari   untuk disimpan di dalam
                                                                             bank. Pihak bank
           bank. Hitung peratus hibah yang diperoleh Encik Osman.            bertanggungjawab atas
                                                                             keselamatan harta atau
           Penyelesaian:                                                     wang itu.
                           RM500                       2.5% ini sebagai rujukan sahaja pada
           Peratus hibah = ————– × 100% = 2.5%         masa akan datang bagi penyimpan dan
                          RM20 000                     bukannya tetap.


    3
             UJI  MINDA     3.1b
    BAB    1.  Puan  Nathania  mendeposit  RM500  ke  dalam  akaun  simpanannya  yang  memberikan  kadar

               faedah 4% setahun dan dikompaun setiap suku tahun. Berapakah jumlah wang simpanan Puan
               Nathania pada akhir tahun kelima?

           2.  Encik Chong mendeposit RM1 000 ke dalam akaun simpanannya yang memberi kadar faedah
               5% setahun dan dikompaun setiap setengah tahun. Berapakah jumlah wang simpanan Encik
               Chong pada akhir tahun ketiga?
           3.  Puan Aminah mendeposit RM100 ke dalam akaun simpanannya yang memberi kadar faedah
               3% setahun dan dikompaun setiap bulan. Berapakah jumlah wang simpanan Puan Aminah
               pada akhir tahun kedua?

               Apakah yang anda faham tentang nilai pulangan                    STANDARD
               pelaburan (ROI) ?                                                PEMBELAJARAN

           Nilai  pulangan pelaburan  merujuk kepada  nilai  pulangan atas setiap   Membuat pengiraan yang
                                                                            melibatkan nilai pulangan
           ringgit  yang  dilaburkan  oleh  pelabur.  Dalam  erti  kata  lain,  nilai   pelaburan, dan seterusnya
           pulangan pelaburan juga merupakan nisbah keuntungan atau kerugian   menerangkan faktor yang
           yang diperoleh daripada suatu pelaburan.                         mempengaruhi pulangan
                                                                            pelaburan serta kesannya.
               Secara umumnya, pelabur lebih gemar menilai pulangan pelaburan
           dalam bentuk peratus. Nilai pulangan pelaburan akan menggambarkan
           keuntungan atau kerugian yang dicapai oleh seseorang pelabur dalam   BULETIN
           pelaburannya.                                                    Koperasi sekolah
               Sesuatu  pelaburan  dianggap  sebagai  menguntungkan  (pelaburan   mengisytiharkan dividen
                                                                            pada akhir tahun kewangan
           yang bijak) apabila nilai pelaburan semasa dan jumlah pulangan yang   bagi setiap tahun.
           diterima adalah melebihi nilai pelaburan asal.                   Dividen yang diisytiharkan
                                                                            menentukan nilai pulangan
               Begitu juga, apabila jumlah pulangan dan nilai pulangan semasa   atas saham yang dibeli oleh
           kurang  daripada  nilai  pelaburan  asal  maka  pelaburan  itu  tidak   setiap ahli koperasi.
           menguntungkan.
               Formula untuk menghitung nilai pulangan pelaburan ialah
                                       Jumlah pulangan
           Nilai pulangan pelaburan  =  ————————– × 100%


    Saiz sebenar                     Nilai pelaburan awal

          60
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75