Page 73 - Matematik Tingkata 3
P. 73

Bab 3  Matematik Pengguna: Simpanan
                                                                        dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
            Jumlah sewa yang diperoleh sepanjang pegangan lot kedai tersebut ialah sebanyak RM200 000.
            Hitung nilai pulangan pelaburan yang diperoleh Encik Yusuf .
             Penyelesaian:

             Jumlah sewa      =  RM200 000
             Keuntungan modal =  RM1 300 000 – RM486 000 – RM60 000 – RM15 000 – RM15 000
                                – RM18 000 – RM450 000
                              =  RM256 000
             Jumlah pulangan  =  RM200 000 + RM256 000
                              =  RM456 000

                                      RM456 000
             Nilai pulangan pelaburan = ————— × 100%
                                      RM600 000                                                            3
                                    = 76%
                                                                                                           BAB

             Contoh  12

            Encik Hussein membeli sebuah rumah pada 1 Januari 2015
            di  Cheras  dengan  harga  RM300  000  dan  menjelaskan  10%
            wang pendahuluan sebanyak RM30 000. Beliau mengharapkan
            pulangan sebanyak 30% dalam tempoh 20 tahun.

            Encik  Hussein menjual  rumah  tersebut  pada  harga  RM600 000 setelah  genap  memiliki  rumah
            tersebut selama 20 tahun. Jumlah pinjaman yang telah dilunaskan kepada pihak bank berjumlah
            RM475  000.  Dalam  tempoh  tersebut,  beliau  berjaya  memperoleh  sewa  sebanyak  RM60  000.
            Perbelanjaan-perbelanjaan lain yang terlibat adalah seperti berikut:
                           Duti setem (semasa urusan jual beli)           RM4 000

                           Komisen ejen                                   RM2 000
                           Kos guaman semasa urusan jual beli             RM4 000

            Apakah nilai pulangan pelaburan bagi Encik Hussein selama 20 tahun? Adakah beliau mencapai
            hasratnya untuk mendapatkan pulangan sebanyak 30%?
            Penyelesaian:
            Jumlah pulangan pelaburan
            =  Sewa + Keuntungan modal
            =  RM60 000 + (RM600 000 – RM30 000 – RM475 000 – RM4 000 – RM2 000 – RM4 000)
            =  RM60 000 + RM85 000
            =  RM145 000
                                      RM145 000
            Nilai pulangan pelaburan  = –––––––––– × 100%
                                       RM300 000
                                    = 48.33%        Encik Hussein berjaya memperoleh kadar pulangan
                                                    sebanyak 48.33%. Kadar ini melebihi kadar pulangan
                                                    yang diharapkan iaitu 30%.
                                                                                            Saiz sebenar


                                                                                                  63
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78