Page 75 - Matematik Tingkata 3
P. 75

Bab 3  Matematik Pengguna: Simpanan
                                                                        dan Pelaburan, Kredit dan Hutang

              UJI  MINDA     3.1c

            1.  Apakah yang dimaksudkan dengan nilai pulangan pelaburan atau ROI?


            2.










                                                                                                           3
                                                                                                           BAB


                  Pada 1 Januari 2019, Encik Moses membeli sebuah inap desa dengan harga RM250 000.
                    Kadar sewa sehari ialah RM100.
                    Secara purata 20 hari dalam sebulan inap desa tersebut akan diinap oleh penghuni.
                    (a)  Hitung sewa bulanan.
                    (b)   Hitung jumlah pulangan pelaburan jika inap desa ini dijual dengan harga RM480 000
                       pada akhir tahun tersebut.

            3.  Pada 1 Januari 2018, Rahim melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4 000
                unit bernilai RM1 seunit. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, ASB membayar
                dividen sebanyak 8%.
                Berapakah dividen yang diterima oleh Rahim pada tahun tersebut?




                 Apakah faktor yang perlu diambil kira sebelum seseorang         STANDARD
                 membuat pelaburan?                                              PEMBELAJARAN

                                                                              Membanding dan
                                                                              membeza potensi risiko,
                                                                              pulangan dan kecairan
             Tiga faktor yang harus diambil kira oleh seseorang pelabur sebelum   pelbagai jenis simpanan
                                                                              dan pelaburan.
             membuat pelaburan adalah seperti berikut:

             Potensi risiko pelaburan  Kemungkinan  sesuatu  ketidakpastian  yang  mungkin  dialami
                                       daripada pelaburan yang dilakukan.

             Tahap pulangan            Keuntungan yang dinikmati oleh pelabur daripada aktiviti pelaburan
                                       yang dilakukan.


             Aspek kecairan            Berkaitan  seberapa segera boleh ditunaikan  daripada sesuatu
                                       pelaburan atau simpanan tersebut.
                                                                                            Saiz sebenar


                                                                                                  65
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80