Page 77 - Matematik Tingkata 3
P. 77
Bab 3 Matematik Pengguna: Simpanan
dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
Apakah yang anda faham tentang strategi pemurataan? STANDARD
PEMBELAJARAN
Strategi pemurataan merupakan satu teknik yang biasa diamalkan oleh Mengira purata kos sesyer
pelabur yang melabur dalam saham dengan amaun yang tetap untuk bagi pelaburan saham
tempoh yang tertentu seperti bulanan, suku bulanan, atau tahunan menggunakan strategi
tanpa mengambil kira keadaan pasaran saham. pemurataan kos ringgit
dan menjelaskan manfaat
Strategi pemurataan boleh membantu pelabur membeli saham strategi ini.
dengan kos purata yang lebih rendah dan jumlah saham yang dimiliki
juga lebih banyak dalam tempoh masa pelaburan yang sama berbanding dengan pembelian sekali
gus atau dengan pembelian secara tunggal.
Contohnya Puan Hasniza mempunyai RM12 000 dan membeli saham sekali gus dari Syarikat
Sempurna dengan harga RM2.00 seunit saham. Dengan cara ini, Puan Hasniza hanya akan memiliki
6 000 unit saham (6 000 unit saham × RM2.00 = RM12 000). Namun keadaan akan berbeza jika 3
Puan Hasniza membeli saham mengikut strategi pemurataan. BAB
Jadual di bawah menunjukkan carta pelaburan Puan Hasniza dalam tempoh 1 tahun mengikut
strategi pemurataan iaitu pembelian saham mengikut setiap bulan.
Jumlah Jumlah pelaburan
Bulan pelaburan (RM) Harga seunit (RM) Bilangan unit = ————————
Harga seunit
Januari 1 000 2.00 500
Februari 1 000 1.80 555
Mac 1 000 1.80 555
April 1 000 1.70 588
Mei 1 000 1.70 588
Jun 1 000 1.60 625
Julai 1 000 1.60 625
Ogos 1 000 1.50 666
September 1 000 1.60 625
Oktober 1 000 2.20 454
November 1 000 2.30 434
Disember 1 000 1.90 526
1.78 6 741
12 000
(kos purata seunit syer) (bilangan unit yang dimiliki)
Dengan strategi pemurataan seperti di atas, Puan Hasniza memperoleh 6 741 unit dengan
menggunakan RM12 000.
Strategi pemurataan TIP
Kos Purata = Jumlah pelaburan Strategi pemurataan
Bilangan unit saham membolehkan seseorang
yang dimiliki supaya tidak membeli
Kos purata RM12 000 saham pada harga yang
= ————– = RM1.78
tinggi ataupun membeli
seunit saham 6 741 unit saham sebelum
mencapai harga yang
paling rendah.
Saiz sebenar
67

