Page 80 - Matematik Tingkata 3
P. 80
Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah berkaitan STANDARD
simpanan dan pelaburan? PEMBELAJARAN
Menyelesaikan masalah
yang melibatkan
Contoh 14 simpanan dan pelaburan.
Encik Zaidi, Encik Leong dan Encik Navin telah bersara dan masing-masing menerima wang
persaraan daripada syarikatnya sebanyak RM400 000. Mereka bertiga melakukan pelaburan
menggunakan cara pelaburan yang berbeza.
Siapakah pelabur yang bijak?
3
BAB
Encik Zaidi membeli sebuah pangsapuri kos sederhana
di Kajang yang bernilai RM150 000 dan menerima sewa
sebanyak RM800 sebulan. Wang selebihnya disimpan
dalam simpanan tetap dengan kadar faedah 4% setahun.
Encik Zaidi
Encik Leong melabur RM400 000 dalam Syarikat Manis
dengan membeli saham yang berharga RM2.00 seunit.
Pada tahun tersebut, syarikat itu mengisytiharkan dividen
sebanyak 8%.
Encik Leong
Encik Navin menyimpan RM200 000 dalam akaun
simpanan dengan kadar faedah sebanyak 1% setahun
dan baki RM200 000 disimpan dalam akaun simpanan
tetap dengan kadar faedah 4% setahun.
Saiz sebenar Encik Navin
70

