Page 79 - Matematik Tingkata 3
P. 79
Bab 3 Matematik Pengguna: Simpanan
dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
Membantu mengambil kesempatan daripada perubahan harga seunit
• Apabila harga saham rendah, lebih banyak unit saham dapat dibeli.
• Hal ini secara tidak langsung membantu pelabur memiliki lebih banyak
saham dalam jangka masa panjang.
Purata kos seunit amanah saham yang dibeli oleh pelabur boleh dikurangkan
dalam jangka masa yang panjang.
Kelebihan
strategi
pemurataan Tidak dipengaruhi oleh emosi
bagi pelabur • Melabur secara berkala dan konsisten tanpa dipengaruhi oleh emosi
yang mungkin berubah-ubah disebabkan harga saham turun naik.
3
Mengurangkan risiko kerugian
• Jumlah pelaburan secara berkala dan konsisten boleh membantu BAB
pelabur membeli mengikut keadaan semasa berbanding dengan
melabur sekali gus dan tidak ada peluang untuk mengelakkan kerugian.
UJI MINDA 3.1e
1. Apakah yang anda faham tentang strategi pemurataan dalam pembelian saham?
2. Berikut ialah dua orang pelabur yang melabur dengan cara yang berbeza.
Pelabur 1 Encik Derick melabur RM24 000 secara sekali gus dengan
membeli saham Wawasan yang berharga RM2.00 seunit saham.
Encik Sulaiman mempunyai RM24 000 dan melabur secara
Pelabur 2 berkala dan konsisten sebanyak RM2 000 setiap bulan dengan
membeli saham Wawasan.
Bulan Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
Harga
Saham 2.00 1.80 1.70 1.60 2.10 1.50 2.20 2.00 2.00 1.60 1.70 1.80
Seunit (RM)
Jadual di atas menunjukkan harga saham yang dibeli oleh Encik Sulaiman mengikut bulan.
(a) Pelabur manakah merupakan seorang pelabur yang bijak? Berikan justifikasi anda.
(b) Hitung kos purata seunit dan jumlah saham yang dimiliki oleh Encik Sulaiman.
(c) Nyatakan kelebihan membeli saham mengikut strategi pemurataan.
Saiz sebenar
69

