Page 11 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 11
Nasi daun pisang ini dikategorikan
sebagai hidangan ‘vegetarian’ iaitu
makanan yang mengecualikan segala
makanan daripada haiwan dan
memberi tumpuan hanya pada
sayuran. Penggunaan daun pisang ini
merupakan gantian kepada pinggan
untuk mengidangi makanan diatas
daun tersebut.
‘Tosai’ adalah makanan tradisional bagi
masyarakat India. ‘Tosai’ ini juga dipanggil
sebagai ‘dosa’, ‘dosay’, ‘dose’, ‘dosai’,
‘dhosha’ atau ‘thosai’. Pelbagai jenis tosai
yang telah dikenalkan iaitu tosai telur, tosai
cili, tosai bawang dan lain-lain lagi. Ianya
selalunya dimakan oleh rakyat Malaysia
terutamanya masyarakat India. ‘Tosai’
selalunya makan pada waktu pagi atau
makan pada waktu malam.

