Page 41 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 41
3. LAPORAN BERTULIS PENGEMBARAAN
Contoh laporan bertulis pengembaraan
4. IKHTIAR HIDUP
Kemahiran ikhtiar hidup perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah
hutan tidak kira sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Hal ini disebabkan
oleh malang yang tidak berbau. Kita tidak dapat mengagak sama ada kita akan
dapat keluar dari dalam hutan pada tempoh yang dirancang.
Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di
hutan sekiranya tersesat ilmu ikhtiar hidup adalah perlu digunakan.
Ilmu ikhtiar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut :
1. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
2. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup.
Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan
keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan
berbuat demikian.
Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. Tujuannya bolehlah
dibahagikan kepada 3 iaitu :
Kognitif
1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di
laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
2. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber
makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
3. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup.
Psikomotor
1. Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari
bahaya.
2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber
makanan untuk terus hidup.
40

