Page 43 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 43
ANDUH LUTUT.
1. Lipat sedikit kain anduh dan
letakkannya di atas lutut yang
tercedera. (gambar 1)
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh
melintasi bawah lutut kemudian
ikatkan buku sila pada atas
bahagian lutut. (gambar 2)
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu
atas kain anduh untuk lebih kemas.
ANDUH LENGAN.
1. Bucu atas kain anduh hendaklah
diletakkan pada siku lengan yang
tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada
atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan
pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam untuk lebih
kemas.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN / TAPAK KAKI.
1. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan/kaki
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kaki.
42

