Page 45 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 45
Luka-luka kecil yang ada benda asing.
Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca
atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah :
a) Bersihkan tangan dengan sabun.
b) Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
c) Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
d) Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang
sudah disteril.
e) Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan
yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
f) Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman.
g) Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
h) Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
Tempat-tempat Tekanan pendarahan semasa berlaku pendarahan/luka
a) Temporal arteri –di hadapan telinga.
b) Facial arteri –1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri –1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri –ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk
pertama di belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri –arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri –pergelangan siku.
g) Radial arteri –bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri –bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral –pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri – di belakang lutut.
k) Anterior tibial –pergelangan kaki.
PENGENDALIAN DAN MEMINDAHKAN MANGSA
Dilaksanakan dalam masa membuat kerja-kerja
menyelamat seperti mangsa kemalangan Jalanraya
dan mangsa kebakaran. Sebelum melakukan
pemindahan mangsa perlu dipastikan keadaan
kecederaan yang dialami mangsa kerana setiap
pergerakan akan menambahkan risiko kepada
mangsa.
Terbahagi kepada 2 kaedah :
1. Tanpa menggunakan peralatan –
menggunakan daya usaha penyelamat.
2. Dengan menggunakan peralatan – bantuan
peralatan lain untuk memudahkan kerja-kerja
pemindahan mangsa dilakukan. Peralatan lain
yang biasa digunakan seperti stretcher, kerusi,
selimut, cadar, troli, hos, tali
Pemilihan cara memindahkan mangsa ini
adalah mengikut seperti perkara berikut :
1. Kesesuaian tempat
2. Keadaan masa
3. Kecederaan mangsa
4. Jumlah penyelamat yang ada
44

