Page 42 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 42
3. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu
situasi yang kurang baik.
Afektif
1. Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
2. Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggungjawab
3. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat
menimati keindahannya
E. PERKHIDMATAN
1. BALUTAN – KEPALA, LUTUT DAN LENGAN
Seorang pengakap boleh membalut beberapa kecil. Kebiasaanya kain
anduh/kasa digunakan untuk kecederaan tersebut dan skaf pengakap itu sendiri
boleh juga digunakan sebagai kain anduh.
Terdapat 5 jenis balutan anduh iaitu anduh lengan,
kepala, lutut atau siku, pergelangan tangan dan tapak
kaki. Ikatan yang digunakan untuk mengikat anduh ialah
buku sila.
ANDUH KEPALA.
1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan
letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di
belakang kepala.
2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala kemudian
dibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
41

