Page 44 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 44

2. TINDAKAN KECEMASAN

               PERTOLONGAN CEMAS

                      Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh
               pengakap kepada seseorang pengakap atau seseorang lain yang ditimpa
               kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau
               sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan
               nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan
               mendapat rawatan doktor.
                      Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas
               atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan
               sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil
               bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan
               dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara rawatan segera.

               PENDARAHAN

                      Pendarahan juga dikenali sebagai kehilangan darah, berdarah atau hemoraj
               adalah darah yang keluar dari sistem peredaran darah berpunca dari saluran darah
               yang rosak.

               Pendarahan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
                   1.  Pendarahan Luaran (external) seperti luka terhiris yang disebabkan benda
                      yang tajam seperti pisau, luka terkoyak yang disebabkan oleh cakaran
                      binatang atau dawai, luka berdarah berkemungkinan dari pukulan tepat
                      benda yang tumpul dan luka tembus iaitu luka yang disebabkan oleh tikaman
                      pisau, jarum dan tembakan.
                   2.  Pendarahan Dalaman (internal) seperti pada perut (muntah berdarah), rahim
                      (tumpah darah), tali usus (darah pada dubur), buah pinggang (kencing
                      berdarah), paru-paru/saluran pernafasan (batuk berdarah) dan tengkorak
                      (darah mengalir melalui telinga atau hidung)
                      pendarahan dalaman tanpa kesan seperti pada limpa dan hati pecah dan
                      pendarahan dalam otak.
                   3.  Luka iaitu luka terbuka iaitu luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang
                      mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan
                      dan jangkitan kuman. Luka tertutup yang mana pada kebiasaannya kulit tidak
                      pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang
                      mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.

               Cara merawat pendarahan terbuka.
               Luka-luka kecil
                   a)  Bersihkan tangan dengan sabun.
                   b)  Jangan sentuh luka dengan tangan yang
                      kotor.
                   c)  Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
                   d)  Keringkan luka menggunakan tisu atau
                      tuala/kain yang telah  disterilkan.
                   e)  Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
                   f)  Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
                   g)  Gunakan pembalut untuk memegang plaster.


                                                           43
   39   40   41   42   43   44   45   46   47