Page 2 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 2

PENGARAH

                                               BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN





                    Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh,
                    Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

                    Bagi  pihak Kementerian  Pendidikan Malaysia,  saya  merakamkan   ucapan  tahniah
                    dan  syabas  kepada  pasukan  penggubal  Panduan  Pengurusan  Program  RMT  atas
                    penghasilan buku ini.

                    Buku Panduan ini adalah  bertujuan untuk memberikan maklumat  dan panduan  yang
                    jelas  kepada  pelaksana  di  Jabatan  Pendidikan  Negeri,  Pejabat  Pendidikan  Daerah,
                    Pejabat  Pendidikan  Wilayah  dan  sekolah  yang  terlibat  dalam  memastikan
                    pelaksanaan  Program  Rancangan  Makanan  Tambahan  di  sekolah  berkesan  dan
                    mencapai hasrat yang digariskan dalam aspirasi murid.

                    Adalah  diharapkan  dengan  adanya  buku  ini,  semua  proses  berkaitan  program  RMT
                    bermula  daripada  proses  permohonan  dan  penurunan  waran  sehinggalah  proses
                    pembayaran  dan  pengemaskinian  akaun  dapat  dilaksanakan  dengan  kaedah  dan
                    SOP yang telah dinyatakan dalam buku panduan ini.

                    Akhir  kata,  saya  berharap  Buku  Panduan  Pengurusan  Program  RMT  ini  akan
                    dipatuhi  dan  digunapakai  oleh  semua  pihak  dalam  memantapkan  pengurusan
                    Bantuan Murid di sekolah.

                    Sekian, terima kasih.










                    HAJI AMINUDIN BIN ADAM





                                                                                                       2
   1   2   3   4   5   6   7