Page 6 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 6

sekolah-sekolah  ini  adalah  di  bandar  yang  ada  pertubuhan  sukarela,
                                 seperti  Persatuan  Kebajikan  Kanak-Kanak  Malaysia  (Malaysian

                                 Council  for  Child  Welfare),  Majlis  Pusat  Kebajikan  (Central  Welfare
                                 Council)  dan  badan-badan  berkanun,  seperti  FELDA,  di    mana
                                 makanan  itu  dibekalkan  oleh  Catholic  Relief  Service  of  America  di

                                 bawah anjuran Catholic Welfare Service  Malaysia. Sebanyak 468  buah
                                 sekolah  yang  melibatkan  seramai  98,910  orang  murid  telah  menerima

                                 makanan  tambahan.  Rancangan  ini  telah  berakhir  apabila  bekalan
                                 bahan-bahan  makanan  daripada  Amerika  Syarikat  telah  dihentikan

                                 pada tahun 1972.

                          1.3.3.  Pada  tahun  1974  kerajaan  Negeri  Selangor  telah  memulakan  Projek

                                 Perintis,  Rancangan  Amalan  Makanan  dan  Pemakanan  di  Kuala
                                 Langat,  Selangor.  Projek  ini  telah  diperluaskan  ke  kawasan-kawasan

                                 yang lain dalam negeri Selangor.

                          1.3.4.  Pada  tahun  1976,  Jawatankuasa  Rancangan  Amalan  Makanan  dan

                                 Pemakanan  (AMP)  di  peringkat  kebangsaan  di    bawah    Jabatan
                                 Perdana  Menteri telah  menganjurkan makanan tambahan sebagai  satu
                                 usaha  dalam  Rancangan  Amalan  Makanan  dan    Pemakanan.

                                 Peruntukan kewangan bagi menjayakan rancangan ini telah disediakan
                                 oleh  Bahagian  Penyelarasan  dan  Pelaksanaan  (ICU),  Jabatan

                                 Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

                          1.3.5.  Semenjak  tahun  1979, RMT  telah  dikelola,  diselia  dan  dilaksanakan

                                 sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.

                          1.3.6.  Pada  tahun  1970  dan  1980,  RMT  telah  diperluaskan  ke  kawasan-

                                 kawasan  luar  daerah       Rancangan  AMP.  Ini  sejajar  dengan
                                 pengumuman  Menteri  Pendidikan  pada  tahun  1978  dan  perakuan-

                                 perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet.

                          1.3.7.  Pada  tahun  1980,  bekalan  susu  oleh  Jabatan  Haiwan  telah

                                 dilaksanakan dua hari seminggu di beberapa daerah yang terpilih.

                          1.3.8.  Pada  tahun  1980,  semua  kriteria  berkaitan  dengan  pengagihan

                                 peruntukan  wang  kepada  sekolah-sekolah  serta  bilangan  murid  yang


                                                                                                       6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11