Page 5 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 5

1.1  PENDAHULUAN

                          Rancangan     Makanan     Tambahan      (RMT)    tidaklah   bermaksud    untuk

                          menggantikan  makanan  yang  disampaikan  kepada  seseorang  murid  sekolah
                          oleh  ibu  bapa  atau  penjaganya.  Rancangan  ini  bermaksud  untuk  memberi

                          makanan  tambahan,  iaitu  ¼  -  ⅓  daripada  jumlah  keperluan  harian  bagi
                          seorang murid sekolah dari  segi taraf  pemakanan  dan tidaklah untuk memberi
                          keperluan  harian  sepenuhnya.  RMT  di  sekolah  adalah  satu  usaha  yang

                          bersepadu  dan  selaras  dengan  usaha-usaha  lain  yang  berkaitan  dengan
                          kesihatan dan pemakanan di sekolah.




                    1.2  RASIONAL

                          Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa:

                          1.2.1.  Di antara 15-20 peratus daripada jumlah murid yang datang ke sekolah

                                 mengalami  ‘kelaparan  tersembunyi’  iaitu  tidak  bersarapan  (sekolah
                                 pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang).


                          1.2.2.  Lebih  kurang  35  peratus  murid  sekolah  rendah  menunjukkan  tanda-
                                 tanda salah pemakanan (malnutrition).


                          1.2.3.  Salah  pemakanan  dan  kesan  bersama-sama  yang  diakibatkan  oleh
                                 salah  pemakanan  dan  serangan  penyakit  (infection),  menimbulkan
                                 pelbagai  masalah  dari  segi  pertumbuhan  badan  (growth),  pencapaian

                                 dalam  pelajaran  (learning)  serta  kelakuan  penyesuaian  diri  (adaptive
                                 behavior).




                    1.3  SEJARAH  PERKEMBANGAN  DAN  PELUASANNYA

                          1.3.1.  Selepas  Perang  Dunia  yang  ke-2,  Pemerintah  Tentera  British  (BMA)
                                 telah  mengadakan  satu  rancangan  makanan  tambahan  di  sekolah–

                                 sekolah sebagai suatu usaha kecemasan.

                          1.3.2.  Dalam  masa  lebih  kurang  dua  puluh  lima  tahun    yang    berikut,   RMT

                                 telah   dijalankan   di   beberapa   buah   sekolah   terpilih,   kebanyakkan


                                                                                                       5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10