Page 1 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 1

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA






                    Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh,
                    Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

                    Alhamdulillah,  syukur  dan  setinggi-tinggi  tahniah  kepada  Bahagian  Pengurusan
                    Sekolah  Harian  (BPSH)  atas  inisiatif  dan  kejayaan  menerbitkan  Buku  Panduan
                    Pengurusan  Program Rancangan  Makanan  Tambahan  (RMT).  Berpandukan  buku
                    panduan  ini,  adalah  diharapkan  pengurusan  RMT  di  peringkat  negeri,  daerah  dan
                    sekolah akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang cemerlang.
                    Matlamat buku ini adalah untuk memberi panduan yang lengkap kepada Guru Besar
                    di sekolah dan pegawai penyelaras di peringkat negeri dan daerah. Usaha ini adalah
                    selari  dengan  hasrat  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  untuk    memberi
                    perkhidmatan terbaik dalam menjaga kesihatan dan kebajikan murid di sekolah yang
                    berada dalam kategori keluarga miskin tegar.

                    Buku  panduan  ini  akan  menjadi  rujukan  utama  kepada  semua  sekolah  yang  terlibat
                    dalam bantuan RMT  agar pengurusan RMT selaras  dan seragam di seluruh negara.
                    Hal  ini  akan  memudahkan  BPSH  yang  diamanahkan  untuk  membuat  pemantauan
                    dan penambahbaikan program ini untuk kepentingan dan kebajikan murid.

                    Saya  berharap  buku  garis  panduan  ini  dapat  membantu  semua  pihak  dalam
                    menjayakan pengurusan RMT di sekolah.
                    Terima kasih.

                    Selamat maju jaya.







                    TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF





                                                                                                       1
   1   2   3   4   5   6