Page 7 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 7

dipilih  bagi  menerima  makanan  tambahan  telah  disampaikan  kepada
                                 semua  Jabatan  Pendidikan  Negeri  oleh    Kementerian    Pendidikan.

                                 Keutamaan  diberi  kepada  sekolah-sekolah  rendah  di  daerah-daerah
                                 mundur yang terlibat dalam Rancangan AMP.



                    1.4   PELUASAN  RMT

                          Menteri  Pendidikan  dalam  ucapannya  di  Melaka  pada  24  Jun  1978    dan    di

                          Pulau  Pinang  pada  19  Mac  1979,  telah  mengumumkan  hasrat  kerajaan  untuk
                          mempeluaskan  RMT  di  sekolah-sekolah  rendah  di  seluruh  Malaysia.    Pada

                          bulan  November  1978,  dalam  ucapan  Anggaran  Belanjawan  Kementerian
                          Pendidikan  bagi  tahun  1979,  Menteri  Pendidikan  mengumumkan  peluasan

                          rancangan  ini  ke  daerah-daerah  lain  selain  daripada  46    buah  daerah    yang
                          sedia  ada.  Seramai  lebih  kurang  400,000  orang  murid  daripada  3,711  buah

                          sekolah terlibat dan mendapat manfaat.


                    1.5   KEPUTUSAN  JAWATANKUASA KEBANGSAAN  RANCANGAN  AMALAN

                          MAKANAN  DAN PEMAKANAN

                          Jawatankuasa  Kebangsaan  Rancangan  Amalan  Makanan  dan  Pemakanan
                          yang  dipengerusikan  oleh  Jabatan  Perdana  Menteri  (ICU)  telah  mengambil

                          keputusan  untuk  memperluaskan  dan  memperkukuhkan  Rancangan  AMP  di
                          semua  kampung  Kategori  C  (mundur)  di  seluruh  Malaysia.  Selain  itu,  RMT

                          juga  diperluaskan  di  kawasan  setinggan  dan  bagi  murid-murid  sekolah  rendah
                          daripada golongan berpendapatan rendah.




                    1.6   PERAKUAN  LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979

                          Laporan  Jawatankuasa  Kabinet  1979  telah  memperakukan  bahawa  oleh
                          kerana  Rancangan  Amalan  Makanan  dan  Pemakanan  telah    dapat

                          menghasilkan  peningkatan  taraf  kesihatan  umum,  pertumbuhan  tubuh  badan
                          yang  tidak  terencat,  pengurangan  serangan  penyakit  dan  pertambahan  daya





                                                                                                       7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12