Page 48 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 48
6.7.4 Mesyuarat Agung Tahunan
Hadir Bersama (Senarai nama Pegawai/Ex-Officio)
Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua
(Catatkan perkara-perkara penting sahaja yang
disampaikan oleh Yang Dipertua).
Agenda 2 : Membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang
lalu
a. Catatkan nama pembentang minit tersebut
b. Catatkan pembetulan sekiranya ada
c. Catatkan pencadang dan penyokong mengenai
penerimaan minit Mesyuarat Agung
Agenda 3 : Membincangkan perkara-perkara berbangkit
dalam minit mesyuarat yang lalu.
Agenda 4 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
oleh Setiausaha
a. Catatkan nama pembentang
b. Catatkan pertanyaan/jawapan yang timbul
Agenda 5 : Membentang Dan Menerima Penyata Kira-kira
oleh Bendahari (Penyata Kira-Kira yang telah
diaudit dan ditutup berakhir 31 Disember
tahun sebelumnya)
a. Catatkan pertanyaan-pertanyaan
b. Catatkan pencadang/penyokong penerimaan
Penyata Kira-Kira
Agenda 6 : Membahas Usul-Usul yang telah ditapis
Catatkan usul-usul yang diluluskan dan
persetujuan yang dicapai.
Agenda 7 : Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG
Catatkan keputusan pemilihan mengikut
susunan jawatan:
Yang Dipertua (1 orang)
Naib Yang Dipertua (1 orang)
Setiausaha (1 orang)
Bendahari (1 orang)
Ahli Jawatankuasa (Tidak melebihi 11 orang)
Agenda 8 : Memilih dua orang Juruaudit. (Catatkan
keputusan pemilihan tersebut).
Agenda 9 : Ucapan penangguhan (Wakil Ahli).
Catatkan nama yang menyampaikan ucapan
dan isu-isu penting yang disentuh/timbulkan.
48

