Page 1223 - bahan pss1
P. 1223

MERANCANG AKTIVITI MEMBACA


                    I.   Membaca Bersama

                        A.   Pengenalan

                             Membaca  bersama  melibatkan  guru  dan  murid  membaca  dan  ulang  membaca
                             buku  yang  mempunyai  teks  bersaiz  besar.  Guru  dan  murid  duduk  bersama
                             mengadap  buku  besar.  Guru  tunjuk  tulisan  dan  membaca.  Murid  boleh  ikut
                             membaca bersama.

                        B.   Tujuan

                             Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana
                             membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.

                        C.   Hasil

                             Membaca bersama membentuk sikap positif kerana ;

                             1.    Seronok
                             2.    Membantu murid memahami buku
                             3.    Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan
                             4.    Memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik
                             5.    Melibatkan murid secara aktif
                             6.    Meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru
                             7.    Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid
                             8.    Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap
                             9.    Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual
                             10.  Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan

                        D.   Sebelum Membaca

                             1.    Guru tentukan
                                   -   apa yang hendak dibaca?
                                   -   mengapa buku itu dipilih untuk dibaca?

                             2.    Pilih dua atau tiga buku besar supaya kanak-kanak biasa melihatnya

                             3.    Tentukan  objektif  sesi.  Fokusnya  mungkin  isi  kandungan  atau  strategi
                                   membaca.
                                   -   satu cerita
                                   -   satu topik
                                   -   satu tema
                                   -   pengarang
                                   -   bahasa -  puisi, sastera, maklumat
                                   -   strategi membaca

                             4.    Tentukan  sebanyak  mana  hendak  dibaca.  Satu  perenggan,  satu  bab,
                                   keseluruhan teks

                             5.    Galakkan murid
                                   -   lihat
                                   -   bercakap
                                   -   berkongsi
                                   -   meramal
   1218   1219   1220   1221   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228