Page 1225 - bahan pss1
P. 1225

-   ilustrasi yang menarik dan dapat membantu teks
                                   -   bahasa berirama, berulang
                                   -   cerita tiada penamat (circle stories)

                             4.    Bukan fiksyen
                                   -   format yang jelas untuk membantu penulisan
                                   -   terdapat tajuk, subtajuk, muka surat, isi kandungan, indeks, bibliografi
                                   -   rajah, graf, gambar foto, ilustrasi yang membantu teks

                        H.   Maklumat Kepada Ibu Bapa

                             Ibu bapa perlu diberitahu mengenai aktiviti membaca bersama. Ada baiknya ibu
                             bapa  tahu  bagaimana  aktiviti  ini  dijalankan  dan  mengapa  dijalankan.  Ibu  bapa
                             boleh  diperkenalkan  dengan  aktiviti,  dengan  cara  menjemput  ibu  bapa  melihat
                             sesi ini dijalankan di kelas. Guru boleh berbincang mengenai apa yang dipelajari
                             oleh murid-murid dan proses yang dijalankan untuk murid-murid membaca.

                        I.   Membuat Buku Besar Untuk Bilik Darjah

                             1.    Buku besar akan digemari oleh pelajar

                                   Ianya  mempunyai  banyak  aktiviti  yang  berbeza  bagi  panduan  membentuk
                                   buku  ini.  Aktiviti  ini  memerlukan  pelajar  berbincang,  menulis,  bercerita
                                   mengikut urutan yang betul dan mempersembahkan dalam teks yang asal.
                                   Aktiviti ini juga memerlukan pengetahuan am untuk menyampaikan teks baru
                                   yang lebih kreatif.

                             2.    Pengalaman Bahasa

                                   Pelajar diberi peluang untuk melengkapi pembentukan buku besar dengan
                                   perkara yang mereka gemari semasa pembacaan bebas. Teks yang dibina
                                   boleh  disokong  dengan  gambar  atau  lukisan.  Bentuk  teks  yang  dihasilkan
                                   boleh ditulis dalam bentuk rencana, contoh ;

                                   -   menceritakan dengan panjang lebar mengenai sesuatu temasya
                                   -   peraturan untuk membuat resepi, percubaan sains atau menyelesaikan
                                       Masalah matematik
                                   -   laporan mengenai haiwan atau pembelajaran mengenai serangga

                             3.    Bahan

                                   -   kertas untuk melakar tulisan
                                   -   kertas besar yang kosong (saiz 40 cm x 30 cm)
                                   -   pensil warna atau pen
                                   -   gambarajah (jika diperlukan)

                             4.    Langkah-langkah

                                   -   Guru  dan  kanak-kanak  berbincang  penggunaan  bahasa,  menentukan
                                      bagaimana untuk ditulis / dirakam dan penyambungan pembinaan teks

                                   -   Ulang dan sunting bersama. Guru menulis teks di atas kertas besar dan
                                      kanan-kanak  melukis  gambarajah  atau  menambah  lakaran  di  mana-
                                      mana yang patut
   1220   1221   1222   1223   1224   1225   1226   1227   1228   1229   1230