Page 118 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 118
(b) Dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji, terdapat satu peristiwa yang 8
(8 markah) menggambarkan kepincangan masyarakat bagi setiap novel tersebut.. (2 Isi dan
huraian)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Kepincangan masyarakat yang runtuh akhlak apabila remaja terlibat
dengan najis dadah. Contoh peristiwanya ialah peristiwa anak-anak Che
Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering
mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibunya.
Mereka juga pernah dimasukkan ke pusat tahanan atas kesalahan yang
mereka lakukan sebelum ini.
Kepincangan masyarakat yang melakukan keganasan rumah tangga.
Contoh peristiwanya, Seman yang tidak bekerja bersifat panas baran, kaki
judi dan pemabuk sering memukul Che Jah dan anak-anaknya
Novel Songket Berbenang Emas
Kepincangan masyarakat yang tidak mementingkan hubungan
kekeluargaan. Peristiwanya ialah Nek Kiah mengusir Embong dan keluarga
untuk keluar daripada rumah dan tanah yang diduduki kerana ingin menjual
rumah dan tanah tersebut dengan harga RM 15000.
Kepincangan masyarakat yang tidak tahu menghargai jasa /
pengorbanan orang lain terhadap keluarganya. /
kepincangan masyarakat yang suka menuduh tanpa usul periksa.
Contohnya, Mak Aton telah memaki hamun dan menuduh Dahlia sebagai
punca kematian anak lelaki tunggalnya yang bernama Said akibat lemas di
sungai hadapan rumah mereka, meskipun Dahlia telah terjun untuk
menyelamatkan Said namun gagal.
TAMAT
Muka surat | 118

