Page 121 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 121
SET 5
4(a) Berdasarkan novel yang dikaji, terdapat dua peristiwa berkaitan dengan nilai 7
(7 markah) keberanian. (2 Isi dan
huraian)
Novel Jendela Menghadap Jalan
...Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan
Haziq. Danel berani menyelamatkan Lili pada waktu malam di sebuah pondok
usang.
...Peristiwa Lili, Danel dan Geetha berani menyelesaikan isu kubah yang
dihadapi oleh penduduk di kampung datuknya.
Novel Songket Berbenang Emas
... Peristiwa Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said
yang lemas di sungai hadapan rumah mereka. Namun, Said tidak dapat
diselamatkan akibat arus sungai terlalu deras.
...Peristiwa Embong berani bertarung nyawa dengan membunuh ular sawa yang
ingin membelitnya semasa membersihkan ladang kelapa sawit.
(b) 8
(8 markah) Dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji, terdapat satu peristiwa menarik (2 Isi dan
yang terdapat dalam novel tersebut. huraian)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Lili, Danel dan Geetha merupakan tiga sahabat baik yang berlainan bangsa,
mereka bersama-sama menikmati keindahan matahari terbit di atas bukit di
Kampung Sentosa, Dungun, Terengganu.
...Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan semangat setia kawan dalam
persahabatan walaupun berlainan bangsa.
Peristiwa Lili yang diselamatkan oleh Danel setelah diculik oleh Rafiq dan
Haziq dan dikurung di sebuah pondok usang.
...Perisitiwa ini menarik kerana seorang pemuda berjaya menyelamatkan
sahabatnya yang diculik.
Novel Songket Berbenang Emas
Peristiwa Dahlia sanggup berulang-alik dari asrama ke kampungnya pada setiap
cuti hujung minggu untuk menjaga adik-adiknya di rumah ketika ayahnya keluar
bekerja.
...Peristiwa ini menarik kerana dapat mengajar seseorang supaya
bertanggungjawab terhadap keluarga.
Peristiwa Dahlia melawat ibunya di hospital yang jauh jaraknya kerana bimbang
akan tahap kesihatan ibunya yang sakit kemurungan.
...Peristiwa ini memaparkan perasaan sayang yang mendalam terhadap ibu
yang sedang sakit
Muka surat | 121

